Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha ilallah. Allahu akbar. Tatkala melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya yang terapung di hampir segenap pelusuk dunya, hati merasa sayu kerana mengingati kekerdilan diri. Ighfirly ya Allah.
Dalam perjalanan saya sebagai seorang musafir menelusuri jalan raya Scotland; Glasgow; Birmingham; Cardiff; Bristol; dan Plymouth yang penuh hikmah dan pengajaran pada beberapa hari lepas untuk mendapat secebis ilmu untuk menambah kecintaan dan menambah semangat yang membara untuk bertemu dengan-Nya dgn hati yang suci (insya Allah), terlihat gumpalan awan di langit. It's magic. Bagaimana kita selalu sahaja kagum dan terpegun melihat sesuatu terapung (dalam kaca televisyen/internet). Tetapi, tidakkah awan yg dihadapan mata kita sendiri dan terapung mengikut segala arahan Allah menyentuh hati kita untuk mensyukuri kebesaran serta keagungan-Nya, membawa kita kepada membasahkan lidah untuk bertasbih kepada-Nya, serta membuatkan kita ingin berjuang untuk mendekatkan diri pada-Nya?
Hati tersentuh melihat segala mahkluk menurut segala arahan-Nya - burung berterbangan, pokok tumbuh menjulang ke langit, awan yang berkepulan dan memayungi sang musafir, hujan yang turun membasahi bumi, air yang mengalir, angin yang bertiup, matahari yang memanaskan dan segala makhluk yang patuh.
Bayangkan...
Setiap makhluk mengikuti segala ketetapan Allah dan mereka semua dicipta untuk kita. Tetapi, adakah kita bersyukur dengan segala nikmat ini? Sayu hati mengingatkan diri yang lemah dan sering alpa dengan nikmat yang sementara serta merisaukan diri dengan perkara yang juga sementara dan tidak kekal. Astaghfirullah hal azeem.
Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqeena adzhab an-naar. Moga Allah menetapkan kita dalam jalan yang diredhai-Nya, membantu kita serta mematikan kita dalam keadaan beriman kepada-Nya. Moga kita diberi pengakhiran yang baik serta dimasukkan ke dalam syurga tertinggi. Moga Allah membantu kita dalam usaha untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Ameen ya Allah.
Rujukan:
1. Al-Quran al-kareem
2. The Book of Tawheed: The Oneness of Allah by Syeikh Abdulmajid al-Zandani.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
[al-a'araf:57]
Juga, bacalah dan tadabburlah surah ar-Rahman. Diri rasa tertampar dengan 13 ayat pertama surah tersebut dan hampir lemah segala sendi mengingatkan segala nikmat yang Allah telah firmankan dalam surah tersebut dan juga surah-surah lain. Subhanallah.Bayangkan...
jika air tidak mematuhi ketetapan Allah dan tidak mengalir tetapi memutuskan untuk mejadi beku.
jika awan memutuskan untuk lalai dan hanya berkumpul di satu kawasan sahaja.
jika pokok tidak mahu berdaun akibat lalai dengan nikmat baja dan tanah.
jika matahari berasa seperti malas dan tidak mahu memancarkan cahayanya.
jika bumi memutuskan untuk berhenti berputar dan dengan lalainya pergi betelagah dengan planet Marikh.
jika mata kita berasa malas dan tidak mahu berkedip.
jika bulu mata kita tidak mahu berhenti tumbuh dan memanjang seperti rambut.
jika awan memutuskan untuk lalai dan hanya berkumpul di satu kawasan sahaja.
jika pokok tidak mahu berdaun akibat lalai dengan nikmat baja dan tanah.
jika matahari berasa seperti malas dan tidak mahu memancarkan cahayanya.
jika bumi memutuskan untuk berhenti berputar dan dengan lalainya pergi betelagah dengan planet Marikh.
jika mata kita berasa malas dan tidak mahu berkedip.
jika bulu mata kita tidak mahu berhenti tumbuh dan memanjang seperti rambut.
Setiap makhluk mengikuti segala ketetapan Allah dan mereka semua dicipta untuk kita. Tetapi, adakah kita bersyukur dengan segala nikmat ini? Sayu hati mengingatkan diri yang lemah dan sering alpa dengan nikmat yang sementara serta merisaukan diri dengan perkara yang juga sementara dan tidak kekal. Astaghfirullah hal azeem.
[al-an'am:162-163]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
[al-imran:110]
Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqeena adzhab an-naar. Moga Allah menetapkan kita dalam jalan yang diredhai-Nya, membantu kita serta mematikan kita dalam keadaan beriman kepada-Nya. Moga kita diberi pengakhiran yang baik serta dimasukkan ke dalam syurga tertinggi. Moga Allah membantu kita dalam usaha untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Ameen ya Allah.
Rujukan:
1. Al-Quran al-kareem
2. The Book of Tawheed: The Oneness of Allah by Syeikh Abdulmajid al-Zandani.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment