Sunday, 31 August 2008

Merdeka


Selamat menyambut hari Kemerdekaan
kepada semua rakyat Malaysia. Dah lebih kurang 50tahun merdeka.
Masha Allah, la quwwata illa billah. Segala puji hanya bagi Allah ta'ala yang memberi kita peluang untuk merasa secebis nikmat yang tidak kekal ini. Jangan lupa doakan para perajurit negara dan mereka yang bersusah payah memerdekakan negara. Moga Allah ta'ala mencucuri rahmat-Nya yang tidak terkira pada mereka (dan juga redha dgn kita). Dengan ini, saya sendiri terfikir, kita telah merdeka dari segi lahiriah, dan sekarang, dengan nikmat yang telah kita kecapi, kita juga kena sedar bahawa:
...adalah amanah kita sebagai manusia untuk memerdekakan diri dari...

dosa dan noda
kepimpinan zalim
akidah yg khurafat
hasad dengki
riak; ujub; takbur; syirik; kejahilan
kemungkaran; kesesatan
pemikiran yang judgemental; kefasikan
prasangka; menuduh
maksiat; sifat mazmumah
hasad dengki; iri hati
ketidaksabaran; kezaliman
kelalaian; kealpaan
keselesaan; kegembiraan duniawi
persengketaan; perkara yang sia-sia
kehidupan yang tidak bermatlamat

Muhasabah diri
Istighfar
Selawat


I am no more a human than you are.
We are the same
in front of Allah, the only thing that differs is our taqwa


Dengan ini, marilah kita bersama-sama...

Membaca dgn tertib dan tartil serta tadabbur al-Quran; Khusyuk dalam Solat; Merapatkan Silaturrahim; Berpuasa dari Nafsu; Zikrullah dengan ikhlas dan ihsan.

Peringatan ini adalah untuk hati ini jua. Hakikatnya, saya dan kamu pun perlu membaiki diri. Kita doakan sesama kita kerana kita ingin bertemu, jika bukan di dunia, maka moga Allah ta'ala pertemukan kita di akhirat, di jannah Firdaus yang abadi. Ighfirlana ya Allah.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]