Assalammualaikum wbt
Ini post Ramadhan yg agak lambat. Masha Allah. Sedang bermujahadah dengan kelemahan diri sendiri. Kadangkala, kita memerlukan satu jolt yang akan menyedarkan kita bahawa kita banyak kelemahan. Kadangkala kita memerlukan sakit supaya kita tahu bagaimana rasanya jika kita kehilangan perasaan sihat.
Cinta Allah, mahabbatillah adalah sesuatu yang AGUNG dan sangat berharga. Lebih berharga dari segala isi dunia dan jika ada berjuta dunia seperti ini pun, ia tidak dapat mencapai tahap ketinggian mahabbah dari Maha Pencipta kita.
Untuk mencapai cinta ini, adalah bukan perkara yang mudah.
Cuba muhasabah diri, kadangkala kita rasa selesa dengan zon selamat dimana kita tahu kita telah melakukan segala ibadah kepada Allah ta'ala semampu kita tetapi kadangkala kita lalai bahawa keselesaan itu sendiri adalah satu bentuk ujian dari Allah ta'ala.
Sakit, hati akan merasa pedih, sedih, sakit dan kadangkala kekosongan saat kita diuji dengan futur iman. subhanallah. Ia adalah ujian yang terbesar akan kita rasai dan ia adalah satu kesakitan yang hanya dengan sabar, redha, usaha, tawakkal, taubat, mujahadah sahaja baru kita dapat melepasi ujian sebegini besar.
Namun, izin saya nyatakan bahawa ia memang amat susah.
Cara yang terbaik adalah muhasabah diri. Tarbiyyah Dzatiyah diri kita kembali dengan segala yang telah kita ketahui. Kadangkala, pengetahuan juga adalah satu bentuk ujian. Ya. Memang kita tidak lari dari segala bentuk ujian yang Allah ta'ala berikan.
Inilah caranya kita mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Ingat senang ke?
Masha Allah. Sudah terang lagi bersuluh, memang kita akan diuji. Bukan mudah. Setiap ujian berbeza mengikut individu, jika kita ingatkan kita faham teori multiple intelligences ataupun individual differences, maka Maha Pencipta kita, Allah ya Rahman ya Rahim lagi la mengetahui kosep tersebut malah lebih mengetahui segala rahsia dan isi hati kita untuk menguji kita mengikut kemampuan kita.
Sekarang, kita dah sedar. Kena faham bahawa kita akan diuji. Kena bersabar dan sentiasa husnu zhon dengan Allah ta'ala sebab at least, ia tanda bahawa Allah ta'ala spare us dari kelalaian dan kejahilan yang berterusan (naudzubillahi minzalik) dengan menguji kita setiap masa dan waktu.
Jadi, mari kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah ta'ala kerana memberi kita ujian dan sentiasa bersedia dan melengkapkan diri untuk menghadapi setiap mehnah yang akan kita hadapi.
Inilah namanya CINTA

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"[al-Ankabut 29:02]
Masha Allah. Sudah terang lagi bersuluh, memang kita akan diuji. Bukan mudah. Setiap ujian berbeza mengikut individu, jika kita ingatkan kita faham teori multiple intelligences ataupun individual differences, maka Maha Pencipta kita, Allah ya Rahman ya Rahim lagi la mengetahui kosep tersebut malah lebih mengetahui segala rahsia dan isi hati kita untuk menguji kita mengikut kemampuan kita.
"katakanlah 'Jika kamu sembunyikan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya.' Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"[al-Imran 03:29]
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya..."[al-baqarah 02:286]
Sekarang, kita dah sedar. Kena faham bahawa kita akan diuji. Kena bersabar dan sentiasa husnu zhon dengan Allah ta'ala sebab at least, ia tanda bahawa Allah ta'ala spare us dari kelalaian dan kejahilan yang berterusan (naudzubillahi minzalik) dengan menguji kita setiap masa dan waktu.
Jadi, mari kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah ta'ala kerana memberi kita ujian dan sentiasa bersedia dan melengkapkan diri untuk menghadapi setiap mehnah yang akan kita hadapi.
Inilah namanya CINTA
Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diriku sendiri juga. Hati ini dipegang oleh Allah ta'ala bukannya oleh manusia tetapi, nafsu sentiasa menghantui kita dan sentiasa membuat kita lalai dan leka dengan perhiasan dunia yang sementara.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:
Post a Comment