Sunday, 21 September 2008

Hamba yang manusia

Bismillah ar-Rahman ar-RahimEverything begins and ends with your Qalb

Mengeluarkan kecintaan terhadap dunia dan perhiasannya dari hati, meletakkannya hanya di tangan kerana ia tidak kekal (fana). Meyerapkan kecintaan terhadap Allah ta'ala dan Rasul serta hari Akhirat ke dalam Qalb dan mengamalkan segala amal ibadah menggunakan setiap anggota badan serta menggunakan lisan untuk berzikir, berselawat dan berkata yang baik&bermanfaat.

Tidak mudah tetapi boleh dan akan dicapai.

Have you ever felt that you want something badly but you did not get it. Then, you will wonder the reason you did not get what you wanted. Is it your sins? Is it because you asked too much? Why?
Diwajibkan untukmu berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[al-Baqarah 02:216]

You will NEVER know why things happen to you. Why? Kerana ia dalam ilmu Allah ta'ala yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Jadi, tiada persoalan mengapa? Kenapa? Jika tidak? Ya, saya sendiri yang menulis ni pun terasa sangat dengan kata-kata saya ni. Kerana saya juga manusia, tidak lari dari kelalaian dan kealpaan serta, kadangkala akan diuji dengan futur. Ia adalah perkara yang paling saya takuti.

Futur ialah bila kita rasa sangat penat dan seperti lost dalam beribadah. Futur datang dalam banyak cara dan depending on orang yang diuji. Sesungguhnya ia adalah ujian dari Allah ta'ala. Ini kerana manusia dicipta dengan fitrah mempunyai hawa nafsu. Either kita lawan atau kita ditawan oleh hawa nafsu ini. Ye, susah. Saya admit yang ia xmudah. Tapi, inilah yang kita kena lalui. Bukan mudah tapi boleh dicapai. Insya Allah.

Cara megubatinya adalah dengan: FOCUS

Ye, focus dalam semua perkara yang memberi manfaat pada kita dan yang boleh menambahkan keimanan. Jadi, ucapkanlah selamat tinggal kepada perkara yang akan menyibukkan kita dari mengingati Allah ta'ala.

Ini bukan bermaksud menjadi hermit dan tidak buat perkara lain selain dari bertafakkur dan berzikir. Maksudnya, find something important to do. Belajar pun satu ibadah. Makan pun satu ibadah. Berukhuwah pun satu ibadah. Semuanya adalah ibadah pada Allah. Kita je kena bijak memastikan bahawasanya semuanya adalah lillahi ta'ala. Just untuk-Nya.

La tahzan. Biasala, kalau rasa risau sana sini (peringatan untuk diri sendiri ni). Ingat bahawa semua ni tidak kekal. Ia adalah satu fasa kehidupan, kena lalui, been there done that, dan kena move on. Life is like that. Pastikan dalam kita moving on, yang lepas tu diisi dengan segala amal ibadah yang di Redhai Allah ta'ala. That is all. Buat segala suruhan Allah ta'ala dan tinggalkan larangan-Nya. Dunia di tangan kita, ia dicipta untuk kita. Make use of it well sebagai satu cara menunjukkan rasa syukur pada Allah ta'ala. Insya Allah.

Segala puji hanya ku serahkan kepada Allah, Tuhan yang menciptaku, yang mencipta langit dan bumi serta segala isinya, yang menguasai dunia serta yang memegang Qalbu ku...

Allah ya Rabb, bantulah kami melawan nafsu yang sia-sia, melawan kehendak yang melampau, melawan kealpaan, melawan kelalaian, melawan segala kemaksiatan. Ya Ilahi, sucikanlah hati kami dari segala penyakit hati, bersihkanlah hati kami dari sifat-sifat mazmumah, lembutkanlah hati kami untuk-Mu dan ilmu-Mu ya Rabb, cekalkan hati kami dalam menhadapi segala bentuk ujian-Mu kerana ia tanda kasih sayang-Mu pada kami. Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, kasihanilah kami dan berilah kami petunjuk. Redhai kami ya Allah. Kurniakan taufiq hidayah-Mu pada kami, matikan kami dalam iman. Perkenankanlah doa kami ini ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Rasulullah sallahu 'alaihi wassallam dan juga keatas ahli keluarganya, sahabat dan para tabi'in.

Please Allah...

Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Rabbana taqqabbal minna innaka antassamii'ul 'aliim
"Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang amat mendengar lagi amat mengetahui"
[al-Baqarah 02:127]


wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]