Apa yang telah anda lakukan hari ini?
Dari Abu Bazrah r.a. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan beredar kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya mengenai EMPAT perkara: Umurnya, dimanakah di habiskannya? Ilmunya, apakah yang dilakukan dengannya? Hartanya, daripada manakah didapatinya dan kemanakah dibelanjakannya? Dan mengenai jasadnya, kemanakan dibawanya"[Hadis Riwayat at-Tarmizi]
Ini adalah peringatan untuk saya juga.
Hati ini dipegang oleh Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Jika diri ini kelalaian, maka ingatkanlah, jika hati ini dalam kealpaan, maka tegurlah, jika hati ini jauh, maka doakanlah. Sesungguhnya, aku mengasihimu kerana kamu adalah saudaraku dalam iman dan kerana kamu mencintai Allah ta'ala dan Rasulullah s.a.w sepertiku juga.
Fastaqim kama umirta
[maka berbuatlah kebenaran sebagaimana yang telah diarahkan kepada kamu]
[maka berbuatlah kebenaran sebagaimana yang telah diarahkan kepada kamu]
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment