Lihatlah para pejuang agama kita, para mujahidin, para syuhada bermula dari zaman para Nabi & Rasul, para sahabat, para salafus soleh, para tabi'in, ke zaman sekarang, darah mereka menjadi bukti ketaatan mereka, ketabahan mereka, kesabaran mereka, keberanian mereka, menegakkan kalimah syahadah 'la ilaha ilAllah Muhammad Rasulullah'. Kerana mereka pun manusia, seperti hamba kepada yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Agung, Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah...
Mereka semua ada impian
Mereka semua ada harapan
Mereka semua ada kemahuan
Mereka semua ada kehendak
...Seperti kita...
Mereka juga berusaha
Mereka juga bersusah-payah
Mereka juga berjuang
Mereka juga berkorban
Mereka juga bersusah-payah
Mereka juga berjuang
Mereka juga berkorban
...seperti kita...
...Tetapi...
Impian mereka Syurga
Harapan mereka Redha Allah
Kemahuan mereka Cinta-Nya
Kehendak mereka Syahid
Harapan mereka Redha Allah
Kemahuan mereka Cinta-Nya
Kehendak mereka Syahid
...kita bagaimana?...
Usaha mereka untuk islamSusah-payah mereka untuk ummah
Perjuangan mereka untuk akhirat
Pengorbanan mereka untuk Allah
...kita bagaimana?...
"Wahai orang yang berkemul (berselimut)!; Bangunlah, lalu berilah peringatan!; dan agungkanlah Tuhanmu; dan bersihkanlah pakaianmu; dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji; dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak; Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"[al-Muddasir 74:1-7]
Make use of everything we have & let Allah be the judgewallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment