Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
Note: Post ini sebenarnya ditujukan kepada diri saya sendiri yang memang tidak lari dari kesilapan dan kelemahan serta sesiapa yang ingin membaca [tiada paksaan] (tafaddhal/i ya akh/ukht). Saya minta maaf jika ayat yang digunakan ada sebarang khilaf (mohon teguran untuk diperbetulkan. Jazakumullahu khayran kathira) *hugs*
Bacalah, dengan nama Tuhanmu!
Subhanallah walhamdulillah wa lailaha ilallah Allahu akbar. Masha Allah, telah berlalu hari-hari yang lepas dimana ramai pejuang islam gugur dari dunya yang fana ini dan telah diberi nikmat syahid yang kita semua impikan. Pada zaman ini, kita ditekankan dengan banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim. Ya, seorang muslim.
Terdapat beza antara Muslim dan muslim.
Sebagai seorang muslim, kita adalah tentera akidah dan fikrah. Muslimnya kita adalah dengan hati dan jasad, bukan setakat nama. Islamnya kita meliputi segalanya dalam hidup kita. Kita adalah pembawa panji-panji islam yang ingin memastikan bahawa setiap manusia di bumi ini mengenali Allah; mencintai-Nya sebagaimana kita mencintai-Nya; merasai kehadiran-Nya sebagaimana kita merasai kehadiran-Nya; mendambakan redha dan cinta-Nya sebagaimana kita mendambakan mardhatillah dan mahabbatillah. Kita mahu mereka sedar bahawa hidup di dunia adalah sementara dan perlu dimanfaatkan untuk kehidupan yang kekal, iaitu kehidupan akhirat. Nahnu ansorullah (kami penolong agama Allah).
Kita adalah tentera Akidah
Setiap seorang dari kita membawa kalimah tauhid - lailaha ilallah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Haq sembahan yang kita perlu laksanakan hanyalah kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan selain Allah, Tiada dzat selain-Nya. Allahu akbar! Kita membawa manusia kepada satu kefahaman bahawa ubudiyah mereka hanyalah untuk Dzat yang Maha Esa, tiada lain selain-Nya. Kita ingin mencabut segala unsur jahiliyyah yang ada di diri mereka dan juga meluruskan segala unsur falsafah sesat yang telah menodai kesucian hati mereka. Kita ingin membajai iman mereka supaya ia subur, supaya iman mereka bangkit dan sedar dari tidur yang sangat lama.
Selepas itu, kita bantu mereka dalam melaksanakan ibadah mereka. Kita bimbing mereka sebagaimana kita dibimbing oleh para jundullah wa ansorullah (moga Allah rahmati dan berkati mereka) sebelum ini atas izin dan Rahmat Allah ta'ala. Kita ingin pastikan bahawa mereka melakukannya untuk Allah, kerana jika itu adalah matlamat mereka, nescaya Allah akan membantu mereka.
Untuk kita pula, tiada cara lain untuk mendapat redha-Nya selain dari terus istiqamah dan bersabar dalam melakukan dan melaksanakan ketaatan pada-Nya. Laksanakanlah ibadah fardhu kerana ia tanda taat, dan laksanakanlah ibadah sunat kerana ia tanda cinta pada Allah. Kita perlulah menjadi hamba yang paling dekat dan cuba untuk mencapai maqam yang tertinggi di hadapan Allah kelak. Tiada daya upaya selain dari pertolongan dari-Nya. Niat kita perlulah suci dari segala matlamat duniawi yang jumud dan cetek serta limited. Keikhlasan hati kita biarlah luhur dan tulus. Kebergantungan kita pada-Nya perlulah yang tertinggi, sepertimana pergantungan seorang bayi yang baru lahir kepada ibunya.
Kita adalah tentera Fikrah
Kita mempunyai matlamat yang satu tetapi kita perlukan cara yang sesuai untuk melaksanakan apa yang kita ingin lakukan supaya matlamat tercapai. Maka, kita perlu mempunyai fikrah yang betul. Fikrah (kefahaman) kita adalah:

Perjuangan al-aqsa bukan setakat untuk kemerdekaan tetapi ia adalah perjuangan akidah [Surah al-isra]
Kita mempunyai matlamat yang satu tetapi kita perlukan cara yang sesuai untuk melaksanakan apa yang kita ingin lakukan supaya matlamat tercapai. Maka, kita perlu mempunyai fikrah yang betul. Fikrah (kefahaman) kita adalah:
- Manhaj (sumber) yang sahih - al-Quran dan as-Sunnah
- Beramal dan beriman
- Kepimpinan yang mantap dan diyakini
Layakkah kita untuk duduk tanpa melakukan apa-apa atau tanpa memikirkan sedikit pun tentang ummah? Bukankah adalah tanggungjawab kita untuk menyampaikan kalimah tauhid? Apakah harga kalimah la ilaha ilAllah Muhammad Rasulullah pada kita? Kita perlu menyampaikan kefahaman islam. Sepertimana hati kita disentuh untuk mencintai-Nya, untuk merindui-Nya.
Ingatlah bahawa kita akan bertemu dengan Allah dimana segala amalan kita akan dipertontonkan untuk dihisab. Segalanya yang ada di dunia adalah fana (tidak kekal) dan ia hanyalah ujian. Marilah kita bersama-sama, menegakkan islam di hati kita agar ia terserlah pada amalan kita.
Jangan lupa doakan kita semua dan doakan saya. Bangunlah dan berikanlah peringatan! Moga Allah merahmati kita semua dan menetapkan kita di jalan yang diredhai-Nya. Fastaqim kama umirta.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Marilah kita sama-sama berdoa:
Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik wa tho'atik. Ameen ya Allah.
Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik wa tho'atik. Ameen ya Allah.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment