Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
La ilaha illahu wa 'alayhi tawakkaltu wa huwa Rabbul 'arsyil 'adzheem
Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha ilallah. Allahu akbar. Atas izin dan kasih-Nya, masih ada masa untuk diri yang hina ini memperbaharui syahadah, memperbanyakkan taubat dan meneruskan usaha menyucikan hati. Tiada kata terucap akan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Dalam masa beberapa hari ini, telah berlaku beberapa perkara yang menyedihkan, menggembirakan, menakutkan serta menyedarkan diri ini. Subhanallah. Moga Allah membantu kita semua dalam segala urusan kita serta memberikan kita kejayaan di dunya dan di akhirat. Insya Allah.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis
[an-Najm 53:43]
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka; Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.
Allahumma arinal Haqqa Haqqaw-warzuqnat-tiba'3ah,
wa arinal batila batilaw-warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment