Sunday, 3 May 2009

Keimanan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Doakan saudara kita di Ghazzah

Alhamdulillah. Masih diberi waktu untuk memperbaharui taubat & syahadah. Saya ingin berkongsi sesuatu (dengan semua & diri sendiri sebagai peringatan masa hadapan. Insya Allah). Ayat ini dipetik dari buku Sirah Nabi Muhammad s.a.w: Pengajaran dan Pedoman oleh Dr. Mustafa as-Syibaie.

Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amaran kepada kaum keluarganya yang terdekat. Maka baginda s.a.w. berdiri di bukit Soffa, menyeru satu-persatu keluarga Quraisy. Baginda s.a.w. mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan berhala. Baginda s.a.w. memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka. Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking Baginda s.a.w: "Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?"

Quraisy ingin bertindak ke atas Rasulullah s.a.w. namun bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan baginda s.a.w. kepada mereka. Setelah mereka beredar, Abu Talib meminta baginda s.a.w. untuk mengendurkan dakwahnya. Baginda menyangka bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka baginda mengucapkan kata-katanya yang masyhur:

"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya"


Ya Muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik

Allahumma arinal haqqa haqqa war-zuqnat-tiba'ah, wa arinal bathila bathilaw-warzuqaj-tinabah. Moga Allah menunjukkan kita ke arah jalan yang diredhai-Nya dan moga kita thabat di jalan tersebut. Ameen.


Wallahua'lam

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]