Saturday, 9 May 2009

Uswatun Hasanah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Subhanallah. Satu hari lagi telah berlalu. Esok mendatang dengan penuh pengharapan agar kita memanfaatkannya. Insya Allah. Ini adalah satu lagu (aasif, bukan niat untuk hanya bergantung pada halwa telinga semata tetapi masa tidak mengizinkan untuk berkongsi banyak, cuma ini yang telah saya dapat hari ini sebagai reminder untuk junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w.) yang saya kongsikan bersama agar kita mendapat manfaat darinya. Insya Allah.


Rasulullah ya habibi [T_T]

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah"
[al-ahzab 33:21]

Masha Allah, tabarakallah. Sememangnya junjungan besar Rasulullah s.a.w sangat sabar dan ketenangan baginda s.a.w. tiada tandingannya. Moga kita dapat menyusuri jejak langkah baginda s.a.w serta para sahabat r.a. dalam melaksanakan amanah sebagai seorang abdi [az-zariyat 51:56] dan khalifah [al-baqarah 2:30]. Insya Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan ahli keluarganya. Moga kita dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Banyak ingin dikongsi dan diperingatkan untuk kegunaan sendiri, tetapi masa yang ada telah Allah uji dengan kekangan lain lebih-lebih lagi yang akan menduduki peperiksaaan. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah. Doakan ya, moga masa yang ada dimanfaatkan dengan amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik wa thooatik.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Alla, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]