Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
Beberapa hari lepas, saya membaca ar-Raheeq al-makhtum (English translation) dan apabila tiba di kisah kewafatan baginda (s.a.w), hati ini berasa sangat rindu dan sangat sayu (sebenarnya tiada kata yang boleh diucapkan untuk menggambarkan perasaan ini - rindu yang teramat [T_T]. subhanallah). Bagaimana penulis (Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri) telah memberi gambaran (melalui hadith dari Anas Bin Malik - Sahih Bukhari) pada hari terakhir sebelum kewafatan baginda s.a.w, pada waktu subuh (Isnin), baginda menguak langsir dari bilik Aisyah r.a. dan makmum terlihat baginda (pada waktu itu, Abu Bakr r.a. menjadi imam). Mereka terhenti seketika melihat Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w tersenyum melihat mereka (yang sedang berdiri dalam saff yang lurus untuk solat). Itulah kali terakhir baginda s.a.w tersenyum pada mereka.
Ya habibi, Ya Rasulullah
Mari kita usahakan untuk mengikut sunnah baginda s.a.w. semampu kita. Insya Allah. Explanation di atas diambil dari buku ar-raheeq al-makhtum (The Sealed Nectar) oleh Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri (Revised English Edition) page 555
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:
Post a Comment