Sunday 5 April 2009

Reflect & Ponder

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Subhanallah. Sedang membaca The Excellence of Knowledge: The Virtue of the Salaf over the Khalaf (Fadl ilm al-salaf 'ala'l khalaf) hasil karangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali yang di-translatekan oleh Abi Rumaysah, tiba-tiba terdetik doa di hati (Allahumma nawwir qulubana bi nuuri hidayatik wal iman wal yaqeen kama nawwartal ardho bi nuuri syamsika wal qamariika abadan abada). Tiba-tiba teringat akan sesuatu. Ini adalah a small yet a powerful reminder untuk diri ini yang telah saya kopi dan pasta dari sebuah blog.

Berdebat>>>Hanya untuk menang
Selak paper>>>Kemudian ketawa
Melihat berita>>>Kemudian sms " Akademi Fantasia", One in a Million
Pergi halaqah>>>Kemudian dating, gelak ketawa dengan ajnabi/chat
Berpusu-pusu ke program Palestine>>>Tidur
Kesian>>>Namun taqwa zero
Sedih>>>Cinta Allah tiada
Bimbang>>>Sunnah tiada menjadi akrab
Gusar>>>Mampir pada-Nya tiada
Rindu jannahNya>>>Muraqabah tidak biasa
Takutkan nerakaNya>>>Taat bukan ukuran utama
Kita ingin berjuang>>>Tapi cinta dunia
Ingin segala Islam tertegak>>>Hawa nafsu lebih awla dr berjemaah di rumah Allah?
Kita>>>Solat jemaah tiada multazim
Solat malam, akhlak, iman, cinta, takut, harap&damba Redha Allah tiada.

Kita semangat sahaja. Benarkah?
Mungkin sesiapa, tuan blog ini, anda dan mereka?
Adakah dosa kita menjadi hijab pada kemenangan Islam?
Mungkin
Kerana Sultan Muhammad Al-Fateh juga Solahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera mereka tiada seperti kita…

Astaghfirullah hal azeem
Astaghfirullah hal azeem
Astaghfirullah hal azeem

"Dan janganlah kamu campur-adukkan kebenaran dengan kebathilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya; Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah berserta orang-orang yang rukuk; Mengapa kamu manyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?"
[al-Baqarah 2:42-44]

Astaghfirullah hal azeem. Ini adalah satu tamparan dan satu peringatan yang sangat tajam dan hebat untuk diri ini. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka. Ighfirly ya Allah. Mari kita sama-sama muhasabah. Sudahkah kita benar-benar menyintai Allah? Sudahkah kita benar-benar mengikuti sunnah? Adakah kita golongan yang berkerja atau golongan yang tercicir? Adakah kita selesa dalam comfort zone kita sehinggakan kita lalai? Peringatkanlah diri ini juga kerana diriku juga manusia biasa. Maafkanlah diri ini jika terdapat sebarang khilaf. Kita adalah hamba-Nya di dunya yang fana ini dan hanya pada-Nya kita akan kembali.

Mari, betulkan niat, bersihkan hati, sucikan jiwa. Menuju kepada Allah ta'ala. Menggapai Redha-Nya. Memanfaatkan ilmu dari-Nya. Mendambakan redha-Nya. Megharapkan rahmat-Nya. Saya syorkan buku yang telah saya sebutkan untuk kita baca dan fahami dan jika ada seorang Murabbi yang boleh mengajarkannya adalah lebih baik. Insya Allah.

Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]