Tuesday 30 December 2008

Palestine

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Ditujukan kepada diriku sendiri yang selalu sahaja terlupa dan lalai. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka.


WAKE UP!!!

Jangan lalai
Jangan alpa
Jangan tertipu dengan dunia
Buka mata - lihat
Buka telinga - dengar

Lihat dengan mata hatimu!

Laungan takbir ALLAHU AKBAR!
Nun di Gaza, Palestin
Saudara se-iman kita sedang berjuang
Sedang ditindas
Ini bukan satu cerita
Ini bukan satu dongengan

BANGUNLAH WAHAI UMMAH!!!



Maaf jika gambar agak disturbing (bagi saya, ia sangat disturbing because, I dont like seeing it as much as you do, just tgk skali sahaja pun mencukupi, ia hanya bertujuan untuk memberi kesedaran sahaja) tetapi this is REALITY! Ini bukan setakat berita atau gosip terbaru. Ini adalah keadaan saudara kita di Palestin. Sedang berlaku as you read this dan telah lama berlaku - 60 tahun and counting (?!).

Jika tak banyak yang kita dapat lakukan kerana faktor-faktor duniawi, maka doakanlah mereka. Please. Ini adalah peringatan untuk diri ini jua. Jangan banyak berdalih, jangan banyak mempersoal, jangan banyak memberi hujahan - ia bukanlah masa untuk perkara seperti ini. Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu akhirat, fahami islam, tahulah bahawa tidak kira di mana, jauh atau dekat, SETIAP MANUSIA yang melafazkan kalimah LA ILAHA ILALLAH adalah SAUDARAMU.


Wahai sahabat yang saya amat kasihi, please, mari kita doakan saudara kita di Palestin. Please.
Ighfirlana ya Allah

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Monday 29 December 2008

Bliss

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Tiada kata terucap

...Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya"; (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
[ar-Ra'd 13:27&28]

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul dan semestinya jika datang dari Maha pencipta kita, ia bersesuaian dengan fitrah dan diri manusia. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Ini adalah explanation dari segi pandangan saintifik pula. Kepada yang pernah masuk ke kelas sains (form 4 dan form 5) ini satu cara untuk refresh kembali ilmu yang ditimba suatu ketika dahulu (huhu). Pandangan saintifik ini untuk menambah lagi kefahaman dan juga memantapkan keimanan kita kepada Allah ta'ala. Jika tiada, kita masih beriman dan jika ada, alhamdulillah, maka memang ia menambah lagi kemampuan kita untuk menyampaikan ilmu ini kepada mereka yang belum faham supaya Allah ta'ala juga menjaga dan menjauhkan kita dari kelalaian. insya Allah.

Pandangan Saintifik


Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Rujukan ‘Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran’
Dr Danial Zainal Abidin

Moga kita semua dapat melakukan ibadah dengan khusyuk. Bukan mudah namun bukan susah juga hendak mencapai khusyuk. Mari kita pusatkan segala amal dan apa yang kita lakukan setiap masa, setiap detik dan setiap waktu adalah dan hanya untuk Allah ta'ala. Fastaqim kama umirta. ihfadzillah yahfazka.

wallahua'lam

segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Thursday 25 December 2008

Read This

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

May peace be with you

Open up your eyes, see that there is an error in...
TERRORISM
...understand islam first before being judgemental towards muslims.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Wednesday 24 December 2008

Allah, please Guide us

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka

Allahumma arinal Haqqa Haqqaw-warzuqnat-tiba'3ah,
wa arinal batila batilaw-warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Tuesday 23 December 2008

iMISS&LOVEu [fillah]

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Allahu Ghayatuna

Ingatlah kepada, saudara se-iman yang sedang disiksa di penjara (seperti di Abu Ghraib, Iraq dan Guantanamo, Cuba dll.) atas sebab agama (prisoners of faith); saudara se-iman yang sedang berperang dan berjihad dalam keadaan peperangan while kita berada di sini, menaip, membaca, duduk di kerusi empuk dan selesa. Akhi dan Ukhti fillahku yang sedang bermujahadah membawa tarbiyyah

I have learned my lesson, jalan ini memang bukan untuk orang manja (seperti saya yang sering alpa dan lemah). Ighfirly ya Allah. Moga Allah membantu sahabatku (serta ikhwah dan akhawat yang bersama mereka) dalam usaha menyampaikan risalah ini. Moga kami thabat di jalan ini, menjadi kader dakwah, moga kami kuat iman dan tidak lemah apabila dihasut syaitan. Faghfirly ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ana faqir ilayka.

"Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjidil Haram, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang zalim."
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan."

"Tuhan menggembirakan mereka dengan memberi rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh kemenangan yang kekal di dalamnya..."

"...mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sungguh, di sisi Allah terdapat pahala yang besar."
[at-Taubah:19-22]

Ya Rahman, ighfirly. Please give them peace at heart and happiness even though they are struggling. Hanya pada-Mu kami berharap pertolongan. Ya Rabbal 'alamin, Engkau mengetahui segala pengorbanan dan pahit jerih yang mereka lalui dalam perjuangan ini, maka berikan mereka jannah-Mu yang kekal abadi. Moga kami tergolong dalam golongan yang menegakkan panji-panji Islam dan kalimah tauhid di hati manusia. Moga kami kuat dan thabat serta ikhlas dalam segala urusan. Lillahi ta'ala.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi Rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syuga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung."
[at-Taubah: 71-72]

Mari kita bersama menjadi para manusia yang mengajak kepada ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Insya Allah. Mari kita bersama-sama. Walau wasilah (cara) berbeza, walau approach tidak sama, tetapi matlamat kita sama - mentauhidkan Allah, memberi kesedaran tentang islam yang sebenar, menegakkan islam, serta mengembalikan kekuatan islam yang semakin pudar (just ask remaja di Malaysia tentang islam ataupun perjuangan saudara kita di Iraq, Palestin, Chechnya etc.). Moga jalan yang kita pilih, cara yang kita apply, approach yang kita praktikkan - masih berpandukan al-Quran dan as-Sunnah [al-Kahf:10]. Fastaqim kama umirta.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar."

"Tidak pantas bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak pantas (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka dari Rasulullah. Yang demikian itu kerana, mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan di jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, kecuali (semua) itu akan dituliskan bagi mereka sebagai suatu amal kebajikan. Sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat baik..."

"dan tidaklah mereka memberi infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lebah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."

"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah dapat mejaga dirinya."
[at-Taubah:119-122]

Rabbana taqqabal minna innaka antassami'ul 'aleem
"Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang Amat mendengar lagi Amat mengetahui"
[al-Baqarah:127]


wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Friday 19 December 2008

Don't Forget

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Dont Forget

"The more I scream the more they laugh and do it again... my screams all in vain."
Guantanamo detainee Omar Deghayes
These notes above and below are taken from this website. Just check this website out for more information, its just a reminder for us, as muslims that we MUST stand united, we must always help one another and are aware of the pain that were inflicted to our fellow brothers.

I recently spent more than an hour with Kennedy in the back seat of a taxi-- caught in rush-hour Manhattan traffic--talking about her film, the soul of America and the ghosts of US foreign policy.

Remove formatting from selectionWhat was a typical day at Abu Ghraib for the Iraqi detainees you interviewed?

Well, one of the things that struck me was that this type of abuse was an everyday thing, it was occurring day in and day out. Sleep deprivation, stress positions--they were constant. Any notion that this was just "happening on the night shift," or that it was a case of a few bad apples, was immediately dispelled by the Iraqis themselves, as well as the overwhelming amount of evidence that suggested that wasn't the case.

The use of family members was also horrific--the guards would make constant threats that they would bring the detainees' children in and sexually and physically abuse them. In one case, a man was made to watch his brother being physically abused. There was also some suggestion by some of the Iraqis that they experienced sexual abuse.

Then there was what we saw in the photographs, being put in stress positions for hours and hours, with your arms handcuffed behind your back, tied up high, with underwear over your head, women watching the men take showers, laughing at them. Encouragement to sexually humiliate the prisoners was pervasive. The humiliation factor was horrendous and disturbing.

Remember these people, your brothers in iman. What would you do if its your father, grandfather, brother, husband, uncle, or cousin? Pray for them, please. Let us pray that they are granted jannatul firdausi. Let us pray that they are given patience an taqwa. Let us pray that even though they are treated terribly, by Allah, and in Allah's divine willing, anything can happen. May Allah bless them with His divine blessing, love them and always give them His grace. Ameen Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Qayyum...

Sabda Rasulullah s.a.w: "Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam."
[Riwayat Bukhari]

Daripada Anas r.a. diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka
Hadis Riwayat Muslim [Sahih Muslim: 60]

Ironic to read the prophetic hadith and yet, I am still here. Yes, it is undeniable that we can't do much, but we can pray for them. Insya Allah, Allah listens when others don't. bit-taufiq wan najah fil kulli imtihan fid-dunya wal ahirat...

wallahua'lam

segala puji hanya bagi Allah, Tuhan seluruh alam

Sunday 14 December 2008

Ilmu suluh Hidup

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Talib al-Habib: Knowledge is Light

The great Imam ash-Shafie’, he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, ‘abandon rebellion, for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.’

Wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Saturday 13 December 2008

Ada apa dengan Ikan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Subhanallah - Maha Suci Allah

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Wednesday 10 December 2008

Rasulullah ya Habibi

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Qasidah Burdah - Muhammad Husayn

I was just sitting and reading a few blogs and a book and off-tasking (teacher-language) for a few hours(just reading blogs, getting to know my friends, reflecting...) when in Allah's willing, I remembered something that I read a few months ago. It was about our beloved prophet Muhammad s.a.w. It was either an article or a blog, and the author mentions something about, if you are about to do something negative - imagine Allah is looking at you and what will the prophet s.a.w say if he (s.a.w) saw you doing it after all the sweat, blood and tears that he (s.a.w) sacrificed to spread islam. ouch!

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Tuesday 9 December 2008

Rukun Tarbiyyah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Moga menjadi darah daging


Its always orang bukan islam yang berjaya, yang mendapat kepujian, yang mampu mengawal ekonomi dunia, yang itu dan yang ini, di manakah umat islam yang dahulunya kuat, gagah, berani, cerdik, pandai? Di manakah rijal-rijal (lelaki) yang sehebat Salahudin al-Ayubi? Secerdik Saidina Ali r.a.? Seberani Saidina Umar al-Khattab r.a.? Di manakah mujahidah solehah yang secerdik Saidatina Aisyah r.a.? Seberjaya Saidatina Siti Khadijah r.a.? Sesabar Saidatina Fatimah r.a? Setangkas Nusaibah? wallahua'lam...Mungkin kita kekurangan sesuatu - disiplin dalam melaksanakan ibadah (makan, minum, belajar, berkerja, tidur, semuanya adalah ibadah jika kita menetapkan niat lillahi ta'ala dan hanya utk islam).

Di atas adalah 10 Muwasafat Tarbiyyah atau rukun-rukun tarbiyyah(pembinaan) untuk kita baca, fahami, dan insya Allah, diamalkan. Rukun tarbiyyah ini melibatkan pembinaan (tarbiyyah) hati, jasad, emosi, dan akal [self-development]. If orang putih ada buku-buku self-development, Islam yg memang sesuai dengan fitrah manusia mmg dah ada petua-petua self-development yang lebih perfect awal-awal lagi. Cuma kita saja yang xtahu (ouch~) Ini akan mendisiplinkan kita supaya kita sentiasa aware dengan segala amalan kita dan dapat menjadi qudwah (contoh) yg baik pada yang belum disentuh hatinya oleh cahaya hidayah Ilahi. Moga ia bermanfaat untuk kita semua. Fastaqim kama umirta (berbuatlah baik sepertimana yang telah disuruh).

Saya admit, ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang sememangnya selalu lalai dan alpa. Moga ada yang sentiasa mendoakan saya dan menegur saya jika melihat sebarang khilaf. Moga Allah memberkati semua yang sentiasa mendambakan Redha-Nya. Moga Allah memberi kita peluang untuk beramal dengan ilmu yang ada, bertaubat, berjihad (qittal[perang] atau nafs), dan moga kita mendapat mardhatillah.


1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi/ Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir/ Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya/ Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram/ Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi s.a.w/ Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu bekerja/ Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan atau rasmi/ Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan/ Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan)/ Menjauhi riba dalam semua lapangan/ Menyimpan untuk waktu kesempitan/ Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran/ Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain/ Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah/ Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi/ Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat/ Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan/ Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam/ Berhikmah dalam mempraktikkan islam dan sentiasa bersabar/ Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula/ Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik (perlu penyusunan dalam segala urusan)/ Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain/ Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie/ Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan/ Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Carilah wasilah (jalan) untuk menyampaikan islam berpandukan al-Quran dan sunnah yang sahih

Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diri ini juga. Moga Allah sentiasa membantu saya dan sahabat semua dalam mujahadah kita mencapai Redha-Nya. Mari kita sama-sama check iman dan sejauh mana amalan kita.

Allahumma Yassir Walaa Tu'assir Wa Tammim Bil Khayr
Oh Allah, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khayr-the best
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Monday 8 December 2008

Zulhijjah - Eid ul-Adha

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Perjuangan - SaffOne

Astaghfirullah hal azheem. Maha suci Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Selamat menyambut Eid ul-adha, moga segala pengorbanan kita diterima Allah sebagai amal ibadah. Insya Allah. Dalam kita menyambut hari yang penuh kesyukuran ini, ingatkah lagi bahawa pada bulan ini jugalah berlaku peristiwa khutbah wida'? Ini adalah gist yang paling simple saya petik dari laman web www.al-azim.com

Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

Ini pula adalah intipati khutbah wida' yang telah disampaikan oleh penghulu segala Nabi, Rasulullah s.a.w. kepada ummah. Moga ia menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Insya Allah.

" KHUTBAH TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD SAW "
(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, Wahai manusia, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu..
Dengan ini, jangan kita lupakan saudara se-iman kita di Gaza, Iraq, Palestin, Ambon, Pakistan, Chechnya, Kazakhstan, Iran dan di seluruh dunia yang sedang ditindas oleh hamba-hamba Allah yang kuffar. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri, moga kita tidak lalai dan alpa dengan kesenangan yang kita ada kerana ia adalah sementara dan moga setiap rezeki yang kita ada, kita infakkan, jika tidak banyak, sedikitpun, jika ikhlas, insya Allah diterima-Nya.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Saturday 6 December 2008

Kepada yang Berprinsip Islam

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Nikmat dari Allah ta'ala


Saya ingin sekali membaiki diri ini. Karat jahiliyyah masih lagi menghantui diri ini. Mari kita sama-sama mujahadah melawan nafsu yang negatif supaya kita dapat mencapai maqam nafsu mutmainnah. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka. Dari Huzaifah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah setiap orang daripada kamu menjadi 'imma'ah' yang berkata 'aku bersama orang ramai, jika mereka baikaku menjadi baik, dan jika mereka jahat aku menjadi jahat'. Akan tetapi, pertegaskanlah pendirian kamu, sekiranya manusia baik maka hendaklah kamu membuat baik dan sekiranya mereka berbuat jahat, maka jauhilah kejahatan mereka"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]

Dalam kita nak mempertahankan islam yang sebenar dalam kehidupan (iaitu dengan menjadi seorang yang baik kerana essence islam itu sendiri memang dah perfect - sempurna), kena pula berhikmah dalam menegaskan pendirian kerana matlamatnya adalah mentarbiyyah diri dan orang sekeliling. Insya Allah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya; sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata-kata perkara yang baik atau dia diam"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a. pula:

"Setiap kata-kata ibnu Adam (anak Adam) semuanya adalah dosa ke atasnya bukan untuknya pahala melainkan amar ma'ruf, menegah kemungkaran, atau zikrullah"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]

Tapi, jika ada golongan yang tidak memahami islam secara keseluruhan dan menuduh yang bukan-bukan (sehingga boleh menimbulkan fitnah pada agama yang syumul ini) atau terdapat sedikit kesilapan, janganlah kita diam seperti ia adalah perkara yang biasa atau nak marah (sampai menghina-hina) tidak tentu pasal. Sabar. Dalam kesabaran, insya Allah, Allah akan bantu. Amanah yang diberi pada kita adalah, sampaikan peringatan, pertahankan agama kita kerana ia adalah fitrah kita; tetapi, dalam mempertahankan agama kita, perlu berpada-pada. Lemah lembut, respect, understanding, non-biased, rational, patience, calm dan ini adalah essence-nya. Tegas tapi berhikmah. Orang tu mampu nak cakap/tuduh/salah faham tentang islam tu pun adalah atas izin-Allah ta'ala yang Maha Kuasa. Mungkin sebagai peringatan untuk kita. Maka, berusahalah untuk memberi dia faham dengan cara yang terbaik. Seperti dalam firman Allah s.w.t:

"Dan berhujahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik"
[an-nahl: 125]

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut pada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu"
[al-Imran: 159]

Jika ada sahabat sesama islam yang berbantah-bantah dalam suatu perkara, maka cukuplah kita telah menyampaikan peringatan itu sedaya upaya kita. Ini kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dia bersalah, dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga. Sesiapa yang meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dia benar, akan dibina rumahnya di syurga yang teratas"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]

Moga ini menjadi peringatan untuk kita semua terutamanya kepada yang menulis ini dan insya Allah kepada yang membaca. Moga setiap amalan adalah untuk mendapat Redha Allah kerana ini adalah semampu saya kerana saya sendiri adalah hamba yang lemah. Rabbana taqqabbal minna innaka antassami'ul 'alim, wa tub'alaina innaka antattawwabur rahim. Ameen ya Rabb, please accept our tawbah. SubhanakAllah humma wa bihamdika, asyhadu alla illaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilayk [tasbih kifarah].

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Thursday 4 December 2008

Like a Pencil

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Ibarat sebatang pensel

A pencil maker told the pencils 5 important lessons. 1st: Everything you do will always leave a mark. 2nd: You can always correct the mistakes you make.3rd: What is important is what’s inside you. 4th: In life, you will undergo some painful sharpening which will make you a better pencil. And lastly, the most important is; in order to be the pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds.
...taken from al-qassam...

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Saturday 29 November 2008

Bersabarlah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

...stop and reflect...

Semasa sedang sibuk mencari fadhilat surah-surah pilihan untuk dikongsi bersama adik di Malaysia, Alhamdulillah Allah telah membawa saya ke satu blog dimana saya mendapat peringatan yang telah saya cut&paste di bawah. Masha Allah, tabarakallah. Segala puji hanya bagi Allah yang telah menitipkan rasa cinta yang teramat ini. Subhanallah. Moga ia bermanfaat untuk kita kerana, peringatan itu adalah yang terbaik untuk manusia [az zariyat:55]. Peringatan ini dipetik dari kitab tanbihul ghafilin - Peringatan bagi yang Lupa.

Abu Warrad dari Muhammad bin Muslim berkata : Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah habis hartaku dan sakit badanku. Maka dijawab oleh Nabi s.aw.:


”Tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya, sesungguhnya Allah, jika cinta kepada hamba-Nya maka diujinya dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah memberinya kesabaran.”
Abud-Dardaa’ r.a. berkata :


Saya suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tawadhu’ merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka penyakit sebab itu sebagai penebus dosa, dan saya suka kepada mati, kerana rindu kepada Tuhanku.
Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda:


”Tiada menimpa kepada seorang mukmin suatu mushibah, dari duri atau yang lebih dari itu melainkan Allah menggugurkan dengan itu satu dosa.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Tiada seorang muslim yang ditimpa mushibah, meskipun telah lama kejadiannya, lalu teringat dan membaharui ucapan: Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun [al Baqarah: 155-157], melainkan Allah akan memberi pahala baru seperti yang dahulu ia terima ketika mendapat mushibah itu.”
Moga ini dapat mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa muhasabah diri serta bersyukur. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qalbi 'ala deenik. Ameen ya Rahman, Ameen ya Rahim, Ya Kareem.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Tuesday 25 November 2008

Reap this Reward

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Abu Hurayrah reported that the Messenger of Allah (peace be upon him) said: ‘Whoever says: ‘None has the right to be worshipped except Allaah, alone, without partner. To Him belongs all sovereignty and praise and He is over all things omnipotent.’ a hundred times during the day, has the reward of freeing ten slaves, a hundred good deeds are recorded for him and a hundred bad deeds are wiped away and he has grained refuge from the devil that day until evening and none shall come with anything better except someone who has done more.’

If you always recite this beautiful supplication after your daily prayers, then keep it up and keep on doing it. May Allah grant us jannah firdausi wannaim and show us the way to His divine Redha. Ameen ya Rabb.

Allahumma ya muqallibal qulub, thabbits qalbi 'ala deenik
Ya Allah yang mebolak balikkan hati, mantapkanlah hatiku dalam memeluk agamamu

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Sunday 23 November 2008

Nothing Lasts Forever

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

"Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Maka apabila Dia hendak menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu"
[al-Mu'min:68]

"Dia yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."
[al-Mulk:02]


...you never know...

"Wahai Tuhanku! Ampunilah akan dia, rahmatilah akan dia, 'afiatkanlah dia dan maafkanlah dia. Muliakanlah persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah akan dia dengan air, salji dan air batu. Dan bersihkanlah akan dia dari segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih dari kotoran. Dan berikanlah ganti rumahnya yang lebih baik dari rumahnya di dunia dan berikanlah ahli yang lebih baik dari ahlinya di dunia. Dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya di dunia. Dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab neraka"
[Hadis Riwayat Muslim]

Yang telah di jemput Allah telah tamat segala amalnya di dunia ini. Ia adalah satu peringatan terbesar buat yang masih diberi nikmat bernafas dan peluang untuk bertaubat. Peringatan untuk diri ini. Pintu taubat masih terbuka. Kita masih ada peluang untuk berbakti dan mengabdi. Jangan bersedih dengan kehilangan sekarang kerana apa yang kita ada sekarang adalah pinjaman semata. Bersedihlah dengan apa yang kita tidak manfaatkan sebelum ini dan bersihkanlah diri dari segala noda dosa dan segala kejahilan. Lakukan semana yang kita mampu dengan ikhlas dan ihsan hanya untuk Allah ta'ala. Please Allah, Ya Rahman, al Fattah, al ghafur, please help us and guide us through this lifetime so that we can gain Your Divine Love (mahabbatillah). Slowly but surely. Peringatan kepada yours truly juga, its now or never...
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Saturday 22 November 2008

As-Sayyid al-Istighfar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Allah listens when others not

This is the translation for the master supplication for forgiveness that were repeated by our beloved prophet Muhammad s.a.w always for supplication:

O God (Allah s.w.t), You are my Lord, there is no God but You. You created me, and I am Your servant. I uphold your covenant and Your promise to the best of my ability. I seek refuge in You from faults of my own doings. I acknowledge the blessings you have showered upon me, and I acknowledge my shortcomings. So, forgive me, for indeed, none forgives sins except You.

This is the meaning of this supplication (doa: penghulu segala istighfar) in Malay (my mother tongue):

Ya Tuhanku (Allah s.w.t), Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; engkau menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung kepada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

The Prophet s.a.w said: "Whoever says this when he arises in the morning and [again] in the evening and then dies either that day or that evening, he will enter the Garden (jannah)."

Taken from the book Purification of the Heart (Matharat al-Qulub) by Syeikh Hamza Yusuf

If you are a frequent reader and reciter of the daily supplications of the Prophet Muhammad s.a.w that were compiled by as-Syahid Imam Hassan al-Banna (the al-Ma'thurat), you'll probably realize that you have been reciting this doa everyday (in the morning and in the evening). Masha Allah, tabarak Allah. Here's the recitation of the al-Ma'thurat sughra (sughra: short/small):


al-ma'thurat: Part 1


al-ma'thurat: Part 2


al-ma'thurat:Part 3

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Wednesday 19 November 2008

Berterusan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

...dont stop...

Allah's Messenger (peace be upon him) said: "
The most blessed of deeds is that which is done consistently, even if it is a minute one"
[Sahih Bukhari]
The al-Quran is made up of thirty parts, like days in the month. One should read one part of the al-Quran everyday so that it can be completed in its entirety in one month. Furthermore, each part consist of 20 pages. If one were to read four pages during the daily obligatory prayers, it would facilitate the completion of one part everyday. Insya Allah. Jom kita khatam al-Quran every month. uhuhu

Taken and adapted from Gems and Jewels compiled by Abdul-Malik Mujahid

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Sunday 16 November 2008

Sakit

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Jangan biar iman tidur

Sejak kebelakangan ini, minda rasa tepu dengan segala masalah yang penting dan tidak penting. Segala masalah ini membuatkan diri 'berasa' sungguh sibuk. Sibuk dengan hal duniawi, masalah duniawi. Diri ini ber-istighfar (astaghfirullah hal azeem). Hampir diri ini diracuni al-wahnu (penyakit cinta dunia & takut mati). Diri ini telah dikotori dengan kegelapan yang telah dibawa dunia sehingga hati menjadi lalai dan alpa.

Mengubati diri yang sakit

Diri ini mula bermuhasabah. Mungkin ini telah tertulis di luh mahfuz tapi diri ini tidak akan membiarkan nafsu dan syaitan kembali meracuni akal dan hati. Diri ini mula mencari ubat. Berlayar dalam bahtera dan berjalan mendaki menuju kepada makrifah. Diri cuba mengubati diri yang telah hampir ternoda dengan tipu daya dunia. Diri tidak mahu kecundang. Diri tidak mahu berjumpa dengan khaliqnya dengan keadaan tertipu. Diri amat takut.

Diri ini mula memperbanyakkan istighfar kerana ia adalah satu cara untuk memohon ampun kepada Maha Pencipta yang Maha Kuasa, Maha Agung dan Maha Pengampun.

Diri melaksanakan taubat nasuha. Diri cuba menangis. Diri memaksa mata yang kering kerana dosa mengeluarkan setitis air mata penyesalan. Diri berasa sungguh ternoda.


Diri berzikir. Menyebut dan memuji Tuhan yang telah menciptanya. Diri merasa tenang.

Diri mengurangkan makan dan mengurangkan tidur yang sia-sia. Diri mula bersengkang mata, bangun di sepertiga malam. Diri masih mencuba, mencari sinar disebalik noda yang telah menjadi hijab antaranya dan Penciptanya yang Maha Esa. Diri mencuci cermin hatinya dengan air mata tangis penyesalan.

Diri kembali melaksanakan ibadah sunat kerana ia adalah tanda cintanya pada Allah ta'ala.

Diri sekarang sedang bermujahadah dan diri tahu bahawa mujahadah tidak akan habis sehingga nafas terhenti ruh terpisah dari jasad. Jihad melawan nafsu. Jihad melawan godaan syaitan.

Diri adalah manusia.
Diri adalah hamba.
Diri adalah khalifah.
Diri tidak sempurna.

Ibarat mendaki gunung Sinai yang berbatu dalam kegelapan, melawan segala penipuan yang telah ditanam di minda - mampukan mendaki? ada cara mudah tapi ia melawan fitrah. kaki sudah lenguh? badan sakit? mempukah meneruskan pendakian? yang lain sudah sampai? ada lagi di bawah? mampukah? Sebenarnya, kemampuan itu terletak di hati dan akal. Diri sedar, jika ditakdirkan mati, diri sebenarnya telah sampai di puncak andai diri telah memberi 101% doa, usaha dan tawakkal kepada Allah ta'ala. Ukuran kejayaan bukan dengan apa yang zahir. Kejayaan adalah apa yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera tetapi dirasakan sungguh manis oleh hati dan tenang oleh akal. Ia bukannya dalam bidang kuasa manusia untuk menjadi hakim untuk kejayaan tersebut, tetapi Allah selayaknya...

Ia tidak mudah tetapi ia boleh dicapai. Tiada perkara yang mudah di dunia yang fana ini, teruskan usaha, teruskan mujahadah tanpa jemu. Allah bersama orang yang sabar dan istiqamah. insya Allah. Doakan!

Allahumma ya muqallibal qulub, thabbits qalbi 'ala deenik
Wahai Tuhan kami yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam cara hidup islam

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Friday 14 November 2008

Worry not

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Prison Break - break your ego

Let go of your worries
and be completely clear-hearted,
like the face of a mirror
that contains no images.
If you want a clear mirror,
behold yourself
and see the shameless truth,
which the mirror reflects.
If metal can be polished
to a mirror-like finish,
What polishing might the mirror
of the heart require?
Between the mirror and the heart
is this single difference:
the heart conceals secrets,
while the mirror does not

Rumi - The Divani Shamsi Tabriz, XIII

Rasulullah s.a.w once said: "Surely, in the breast of humanity is a lump of flesh, if sound then the whole body is sound, and if corrupt, then the whole body is corrupt. Is it not the heart?"
[Hadis 6: Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi (Matan arba'in)]

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Monday 10 November 2008

Emak & Abah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Lafaz yang Tersimpan


Permata Ayah Bonda

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: "Saya telah bertanya kpd Nabi s.a.w: 'amalan apakah yang paling disukai oleh Allah?' Baginda s.a.w menjawab: 'Sembahyang dalam waktunya.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian amalan manakah pula?' Baginda s.a.w menjawab: 'Kemudian berbakti kepada ibu bapa.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian amalan manakah pula?' Baginda s.a.w menjawab: 'Berjihad di jalan Allah.'"
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Di dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa: “Pintu-pintu terbaik untuk memasuki syurga (Jannah) ialah bapa. Jikalau kamu ingin, jagailah dia; jikalau kamu suka , binasakanlah dia.” Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah saw: “Apakah hak-hak seorang bapa?” Baginda saw pun menjawab “Merekalah Jannahmu dan Jahannammu.


Selanjutnya dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa: “Bila seorang anak yang taat melihat wajah kedua ibu bapanya dengan perasaan kasih sayang, ganjaran bagi melihat yang demikian adalah sama dengan Haji yang mabrur.”

Seorang sahabat berkata “Ya Rasulullah saw, daku hendak pergi berjihad.” Rasulullah saw lalu bertanya: “Adakah ibumu masih hidup?” Dia pun menjawab “ya.” Rasulullah saw bersabda : “Khidmatilah dia, jannah terletak di bawah tapak kaki ibumu untukmu.”

Have you prayed for your parents today?

"Dan Kami perintahkan manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya...."
[Luqman: 14]

"Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) baik kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu, dan Aku akan beritakan kepadamu apa yang engkau kerjakan"
[al-Ankabut: 08]
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]