Tuesday 26 May 2009

Maafkan Diriku

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Subhanallah, alhamdulillah, lailaha ilallah, Allahu akbar. Masih lagi diberi masa untuk memperbaharui syahadah serta bertaubat atas segala dosa. Takut sungguh dengan buaian dunya yang fana dan menipu serta nafsu yang amat liat untuk di didik. Astaghfirullah hal azeem. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka [T_T].


Astaghfirullah

Tatkala berbual dengan sahabat yang amat saya kasihi fillah (hanya Allah yang tahu), memang ingin rasanya pergi keluar dan mencari tempat untuk beruzlah dengan Allah serta beriktikaf, mendengar panggilan ke arah kemenangan dan kejayaan yang menggetarkan hati, mendengar bait-bait ayat-Nya dibacakan dengan penuh perasaan sehingga mencairkan hati serta menyucikan diri, berdiri di saff yang tegak dan lurus untuk bertemu dengan-Nya, serta mengalirkan air mata sehingga ia cukup untuk menyucikan diri dan hati dari debu dosa yang tebal.


Ighfirly ya Allah

Apabila diri ini bermuhasabah kembali, apakah kehendak melampaui segalanya sehinggakan diri lupa bahawa Allah akan memberikan yang perlu untuk diri? Mengapa perlu lalai? Adakah dosa telah menyelaputi diri sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang haq dan bathil? Adakah syaitan telah berjaya membisikkan dan menutupi kemungkaran sehingga mata hati buta? Astaghfirullah hal azeem.

Dunai hatiku, sedarlah
dunia ini sementara

Duhai hatiku, sedarlah
jalan ke syurga menyiksakan
jalan ke neraka menggiurkan

Duhai hatiku, sedarlah
Allah memerhatikanmu
Allah mengetahui segalanya

Tidakkah engkau sedar wahai diri?
Ingatkah lagi, siksaan yang menanti;
Jika sudah mengetahui tetapi tidak beramal?
Jika sudah menyampaikan tetapi masih lalai?

Siapa yang ingin engkau dustakan?

Rabbanaaa afrigh 'alayna sabraw-wa tawaffanaa muslimiin. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu)
[al-a'raf:126]
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]