Thursday, 9 June 2011

Have You Ever?

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Pernahkah anda berjumpa dengan mereka yang berdakwah?
Pernahkah anda berjumpa dengan mereka yang hidupnya bukan untuk dirinya, tetapi untuk menyampaikan kefahaman tentang islam kepada manusia di mana saja mereka berada?
Pernahkah anda berjumpa dengan mereka yang amat merendah diri tetapi amat bersemangat apabila ingin melaksanakan sunnah dan berbicara tentang Rasulullah s.a.w serta al-Quran?
Pernahkah anda berjumpa dengan mereka yang akan membuatkan anda teringat akan akhirat dan mati?
Pernahkah anda berjumpa dengan mereka yang sentiasa mengingatkan anda kepada Allah dan kadangkala (dalam diam) membuatkan ada berasa malu dengan dosa anda yang lepas (atau sekarang)?

...
Jika anda telah berjumpa dengan mereka, maka hendaklah anda jangan meninggalkan mereka. Mohonlah untuk bersama dengan mereka kerana anda akan merasakan kenikmatan iman yang tiada tandingannya. Sentiasalah bersama dengan mereka agar anda juga mendapat tempias iman yang dikurniakan kepada mereka.

Jika anda belum berjumpa lagi dengan mereka ini, maka berdoalah dan simpanlah niat untuk dapat berjumpa dan mengenali mereka (walaupun sebentar) kerana mereka adalah ibarat permata yang tersimpan dan menunggu waktu untuk bersinar di hadapan Allah di akhirat kelak.



Ketika usrah bertasbih

"Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal Ardha binurisy syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Raheemin" (Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayah-Mu, seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahari-Mu, buat selama-lamanya, dengan rahmat-Mu Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih)

Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]