Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
Alhamdulillah. Masih lagi hidup dan diberi masa untuk memperbaharui syahadah serta bertaubat. Urusan duniawi memang melalaikan ibarat penjara yang menyiksa. Masha Allah. Tiba-tiba teringat kepada satu reminder yang sangat simple dari seseorang dan ingin saya kongsikan bersama dengan semua.
Allah is so close
Solat adalah salah satu dari ibadah fardhu yang perlu kita jiwai dan khusyuk dalam solat adalah asas kepada ibadah kita dan hubungan kita dengan Allah ta'ala.
Dengan itu, tidak hairanlah apabila syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa ia akan menyesatkan dan memalingkan anak-anak Adam (manusia) dari Allah:
Ingatlah bahawa khusyuk itu datangnya dari hati yang akan terlahir melalui amalan fizikal. Kesemua tubuh kita adalah mengikut pergerakan dan ketetapan hati dan jika hati seseorang itu rosak akibat bisikan syaitan yang menyesatkan, maka rosaklah amalan ibadahnya.
Antara cara untuk menambah khusyuk dalam solat adalah dengan:
Ibn Kathir menyatakan bahawa: "Khusyuk dalam beribadah akan didapati apabila seseorang itu mengosongkan hatinya dari segala urusan duniawi untuk melaksanakan ibadah, fokus terhadap amalan ibadah tersebut, dan menginginkannya melebihi segala urusan yang lain. Hanya dengan inilah mereka akan merasai kenikmatan dan kegembiraan dalam beribadah (solat)"
Ini juga adalah satu ubat bagi kemalasan. Allah berfirman:
Dipetik dari buku: 33 Ways To Concentrate in Your Prayers (Muhamad Salih al-Munajjid)
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Dengan itu, tidak hairanlah apabila syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa ia akan menyesatkan dan memalingkan anak-anak Adam (manusia) dari Allah:
(Iblis) menjawab, "Karena Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus; kemudian, pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"
[al-a'raf: 16-17]
Disini, salah satu cara ia memalingkan manusia dari Allah adalah dengan membuat kita tidak fokus dalam solat dengan apa jua cara sekalipun. Tambahan pula, syaitan juga akan membisikan kata-kata dan cuba membuatkan kita memikirkan tentang urusan duniawi yang akan membuatkan kita tidak khusyuk dan secara tidak langsung, akan membuatkan kita kehilangan kemanisan, kegembiraan, dan nikmat ibadah yang juga akan mengurangkan pahala kita. Khusyuk adalah sangat penting dan essential. Sabda Rasulullah s.a.w:"Perkara pertama yang akan diangkat oleh Allah dari Ummah ini adalah khusyuk dan ia akan berlaku sehingga kamu melihat bahawasanya tiada siapa antara kamu yang mempunyainya".
Ingatlah bahawa khusyuk itu datangnya dari hati yang akan terlahir melalui amalan fizikal. Kesemua tubuh kita adalah mengikut pergerakan dan ketetapan hati dan jika hati seseorang itu rosak akibat bisikan syaitan yang menyesatkan, maka rosaklah amalan ibadahnya.
Antara cara untuk menambah khusyuk dalam solat adalah dengan:
- Sedar bahawa Allah melihat kita dan berada sangat dekat dengan kita
- Beribadah dengan tenang dan tidak terburu-buru
- Melaksanakan segala rukun solat dengan kerendahan hati serta sedar akan fadhilatnya
- Mengambil masa yang cukup supaya dapat merasai kemanisan beribadah
Ibn Kathir menyatakan bahawa: "Khusyuk dalam beribadah akan didapati apabila seseorang itu mengosongkan hatinya dari segala urusan duniawi untuk melaksanakan ibadah, fokus terhadap amalan ibadah tersebut, dan menginginkannya melebihi segala urusan yang lain. Hanya dengan inilah mereka akan merasai kenikmatan dan kegembiraan dalam beribadah (solat)"
Ini juga adalah satu ubat bagi kemalasan. Allah berfirman:
"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepada-Nya."
[al-Baqarah: 45-46]
Dipetik dari buku: 33 Ways To Concentrate in Your Prayers (Muhamad Salih al-Munajjid)
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
2 comments:
indeed prayer is the hardest chore to do. we are always so lalai with dunia and its temptation. can i ask this? why i feel so kosong when i pray.. I do the kyususk so strong yet i felt hollow each time I pray. Is it allah is not with me or I do hope it is the syaitain games to make me feel no point to pray.
salam to you,
azieda
Wslm wbt
Dear akk, maybe you can try imagine that everytime you pray, its the LAST time that you can repent & ask for Allah's forgiveness because we never know when the angel of death ['izra'il] will visit us. My ustaz once reminded us of this and it really had a great impact on me.
I hope it helps.
Wallahua'lam
Post a Comment