Saturday, 3 January 2009

Kikis Karat Jahiliyyah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Peringatan untuk diri sendiri. Saya amat terkesan dengan kata-kata seorang pada saya suatu masa dahulu dan ia membuatkan saya terkedu dan terpaku melihat kejahilan dan jahiliyyah dalam diri (insya Allah, sedang mujahadah mengikis karat jahiliyyah diri. Jom sama-sama kikis!). Sebelum baca, minta kita sentiasa berlapang dada dan jika kita seorang islam yang tahu bahawa manusia itu lemah dan sentiasa memerlukan peringatan untuk membaiki diri sendiri, jika kita rasa kita ada silap seperti ini, maka baikilah diri (tidak perlu justifikasi apa-apa - hanya antara kita dan Allah ta'ala). Segala amal ibadah bukannya untuk saya, tapi untuk Allah ta'ala dan saya juga menjadikan ini sebagai satu reminder untuk saya membaiki diri kerana saya pun manusia juga, tidak perfect. That is why kita memerlukan each other untuk saling memberi peringatan - adakah kita perasan bahawa manusia ni sentiasa:
  1. Sibuk mencari kebahagiaan diri (untuk menunjukkan qudwah bahawa orang islam boleh hidup selesa tetapi, layakkah nak cakap begitu sedangkan masih risau apa orang akan fikir dari memikirkan apa yang Allah fikir & judge tidak melaksanakan suruhan-Nya dan sunnah Rasulullah s.a.w [tegakkn yang haq selagi ia berlandaskan al-Quran dan sunnah]; ramai lagi saudara se-iman dan muslim lain bersedih dan dalam peperangan mempertahankan agama dan keimanan mereka, masakan kita sanggup ketawa & membazir masa sedangkan banyak kita boleh lakukan - baiki diri, tarbiyyah diri, sampaikan kesedaran dgn istiqamah)
  2. Sibuk mencari pasangan (untuk mendekatkan diri pada Allah tapi caranya salah - ia memang fitrah, tetapi ada cara yang terbaik dan semuanya adalah dalam planning Allah. Jika bukan di dunia maka insya Allah di syurga sana. Memang perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w tapi, ia mesti berlandaskan syarak dan tidak mendekati zina [sebelum berkahwin; semasa pertunangan]. Apa yang dirisaukan? Adakah ia kehendak atau keperluan? Jangan ditipu syaitan dan hawa nafsu sendiri. naudzubillahi minzalik. Kalau memang dah rasa perlu berkahwin, maka terus saja berkahwin. Jangan ada alasan. Jika tidak mampu, berpuasa & berdoa pada Allah utk memberi kemampuan & yang terbaik.)
  3. Sibuk ambil tahu hal orang lain (untuk ambil pengajaran tapi cara salah juga sebab tiada usaha untuk membantu orang tersebut)
  4. Sibuk mencari kekayaan duniawi (sehingga lupa tentang ibadah - kononnya untuk prepare masa hadapan, tapi sebenarnya salah juga sebab untuk keselesaan diri sendiri sahaja - tepuk dada tanya diri sendiri)
  5. Sibuk itu dan ini (tetapi, tidak pula dalam menambah ilmu akhirat & dunia [ya, memang bosan sedikit tetapi memang perkara baik xselalu nampak best and stop seeing menuntut ilmu sebagai sesuatu yang boleh ditertawakan - buang mindset negatif tu sebab kan menuntut ilmu tu sunnah dan melakukan yang terbaik dalam segala aspek pun sunnah]; mendekatkan diri pada Allah ta'ala; berbakti untuk kesedaran ummah [too much alasan, too many questions & too many hujah - just sampaikan dan amalkan])
Astaghfirullah hal azeem. Alhamdulillah, masha Allah, tabarakAllah. Bila saya dapat peringatan ini, saya seperti terpukul dan ditampar. Tetapi, just reflect balik, betul la itu adalah antara 5 perkara duniawi (maybe ada lagi yang lain) yang menyibukkan manusia dan kadangkala manusia lihat ia seperti baik je sebab syaitan dah kaburi pemikiran manusia sedangkan di hadapan Allah, ia adalah alasan sahaja. Naudzubillahi minzalik. Astaghfirullah hal azeem.

Kebetulan pula, alhamdulillah...

Atas kesempatan yang diberi Allah ta'ala dan atas rahmat-Nya yang tak pernah berkurangan, saya berkesempatan untuk mendengar satu pengisian rohani. Moga Allah memberkati dan redha dengan segala usaha yg terlibat menyampaikan ilmu dan kefahaman islam kepada kami, dan menerima segala yang dilakukannya sebagai amal ibadah untuk dipersembahkannya di hadapan Raja segala raja, Allah azzawajalla di akhirat kelak. insya Allah. Moga Allah juga menerima segala amal ibadah kami selaku muridnya, insya Allah.

Sebelum itu, adalah lebih baik jika yang hendak membaca ini mempunyai terjemahan al-Quran (orang seperti saya yang masih bertatih dalam bahasa arab ni) atau al-Quran (bagi yang memang belajar bahasa arab fushah - al-Quran) atau bagi yang dah hafal, mabruk 'alaik (envious*).

Manusia sentiasa dibayangi:
  1. Nafsu [Yusuf: 53] - kehendak kita (pakaian lawa, kereta mahal, rumah besar dan selesa, isteri yang lawa, suami yang kacak, kehidupan yang perfect*, karat jahiliyyah kita(main game, anime yang melalaikan, lagu-lagu yang melalaikan, hiburan, gossip dll.), dan gelojak materialisma serta risau apa orang fikir tentang kita (rather than risau apa yang Allah ta'ala fikir tentang kita)
  2. Syaitan [Sad: 71-83] - Musuh utama manusia dimana, syaitan la'knatullah ini sentiasa berbisik kepada kita supaya melihat yang haq sebagai bathil dan yang bathil sebagai biasa-biasa sahaja (cth. kepentingan da'kwah; pemakaian tudung, melaksanakan hukuman berdasarkan syari'ah dan sunnah/al-Quran dll.)
Oleh itu, jika seseorang yang telah mendapat kesedaran dan kefahaman islam serta tanggungjawabnya sebagai seorang muslim (abdi Allah ta'ala [az-zariyat:56] dan khalifah yang menyampaikan & melaksanakan islam yang haq di bumi Allah ta'ala [al-Baqarah:30]) maka, ujian yang diterima semakin besar.

Reflect balik dari terjemahan firman Allah ta'ala dalam al-Quran:

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?; Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
[al-Ankabut: 2-3]

Disebabkan Allah ta'ala yang mencipta manusia, Allah ta'ala juga Maha Mengetahui segala aspek kelemahan manusia. It is that simple. Jadi, bagaimana hendak kikis karat jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah ini berbeza mengikut setiap individu)?

...mujahadah melawan nafsu dengan bantuan...
Solat + Berdoa + membaca dan tadabbur (fahami) al-Quran [dipanggil juga al-Furqan yang bermaksud membezakan yang haq dan bathil] + amalkan sunnah Rasulullah s.a.w semampu kita + Solat + berdoa

Bagi yang telah menceburkan diri dalam dakwah (walaupun sebenarnya, ia adalah tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan sebenarnya dakwah bukan bidang, ia satu amanah dan tanggungjawab untuk semua orang) dan tarbiyyah (diri/orang lain), maka, semakin halus bisikan syaitan tersebut - dari segi ukhuwwah, niat, harta benda, jiwa, dan ibadah. Astaghfirullah hal azeem. Mohon kita sentiasa ingat dan berlindung kepada Allah dari bisikan syaitan yang direjam.

Masha Allah, moga Allah ampuni dosaku jika ada terlebih dan terkurang dalam menyampaikan apa yang ingin kusampaikan. Jika ada sebarang khilaf, tegur saya. Insya Allah, boleh kita baiki dan sama-sama sampaikan mana yang haq. Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa membetulkan niat dan melawan nafsu serta mengikis karat-karat jahiliyyah dari diri ini. Jom, start mengikis karat-karat jahiliyah dari hati kita supaya kita dapat berjumpa dengan Allah dengan hati yang suci bersih. Insya Allah. Allahu akbar!

Jika kita cinta Allah ta'ala dan mengharapkan redha-Nya - buktikanlah dengan (amal) anggota, (kata-kata) lisan dan (niat) hati.

Allahummma fighrly khotii-ati, wa jahli, wa israfi, fi amri, wama anta a'klamubihi minni
Ya Allah, ampunilah dosaku, kesalahanku, kobodohanku dan segala perbuatan melampaui batas dalam diriku, dan segala perkara yang Engkau lebih mengetahui dari diriku.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]