Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu
Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia menjadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?

[Syed Qutb: Fi Zilal al-Quran (Di Bawah Bayangan al-Quran)]
Daripada Thauban, katanya: Sabda RasululLah s.a.w.: “Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan). Seorang sahabat bertanya “apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabat bertanya pulak ” Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah “cinta dunia dan takut mati”
[Hadith Riwayat Abu Daud]
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; (kemudian) tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keRedhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."
[al-Hadid 57:20]
Mari kita ijlis bina nu'min sa'ah (duduk sebentar & beriman sejenak). Ini adalah peringatan bagi diri saya juga. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik. Ameen.
Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam