Tuesday 9 September 2008

'tis the season to be Fasting

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Di hari dan bulan mulia ini, saya nak share beberapa perkara yang telah saya pelajari dalam group meet saya bersama seseorang yg saya hormati. Terlebih dahulu, saya minta maaf jika ada tersalah silap atau terlebih/terkurang dalam penyampaian kali ini. wallahua'lam.

Okay. Shoot.


Let me begin with a surah from the Holy Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajikan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
[al-Baqarah 02:182]

Hmm...Okay.

Di sini, jika kita fahami erti kata sebenar dari arahan langsung Allah ta'ala pada kita, banyak yang kita boleh ambil sebagai istifadah dari ayat ini.

Yep. Agree.


Bagus. Memang harapannya ada yang agree dengan saya. Sebelum saya offtask, jika kita adalah antara orang yang beriman dimana kita adalah orang yang mengucap lafaz syahadah dan percaya pada kekuasaan dan keesaan Allah serta kerasulan Rasulullah s.a.w maka di sini, telah termaktub satu suruhan Allah ta'ala - puasa. Hukum puasa juga telah dinyatakan di dalam ayat ini iaitu ia adalah wajib. Jika kita melaksanakan arahan ini, nescaya Allah ta'ala telah menyatakan bahawa kita akan menjadi al-muttaqun atau dalam erti kata lain, menjadi orang yang bertaqwa.


Uh huh...So...

So, kita kena berpuasa. Simple kan? Yep. Jadi, puasa je. Macam maksud puasa, menahan lapar dari terbit fajar hingga tenggelam matahari beserta niat. Insya Allah boleh. Really? That is all? Hanya menahan lapar xcukup tu. Tu puasa orang awam. Kita nak jadi orang bertaqwa, menahan lapar dan dahaga macam xcukup la.

What the...?

Kita tengok dulu, ada mention of the word taqwa kan? Let me ask you, apa tu taqwa? hmm.. Taqwa adalah takut kepada Allah ta'ala dan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan ikhlas serta ihsan? Wah, sangat skema anak murid seorang ni. Alhamdulillah, betul la tu. Summarize segalanya dalam satu ayat je. Paling mudah, maksud taqwa adalah meninggalkan apa yang kita xsuka...kiranya, kita sentiasa berhati-hati dalam apa yang kita buat supaya kita xterlibat dalam perkara yang kita xsuka.

Ada satu hadis berkenaan taqwa yang saya gemar, Umar bin al-Khattab pernah bertanya Ubayy bin Ka'b tentang taqwa. Ubayy berkata, "pernahkan engkau berjalan di atas jalan yang berduri?" Umar menjawab, "Ya." Ubayy berkata lagi, "apa yang kamu lakukan?" Umar menjawab, "aku akan menyingsingkan lengan bajuku dan berusaha untuk melaluinya(kerana susah)." Ubayy menjawab kembali, "itulah taqwa."

Huh? Taqwa adalah bersusah payah jalan atas duri?

Yep. You got that right. Tu la taqwa, bukan mudah. Maksudn
ya, macam yang dah saya nyatakan tadi, sentiasa berhati-hati dalam segala perkara. Di sini, taqwa pada Allah ta'ala akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati dalam segala amalan kita. Ini yang agak mencabar sebab, dalam era yang moden dan avant-garde ni, banyak perkara akan menguji kita.

Hmm...

Oh ye. Berbalik pada surah al-Baqarah tadi, ini bermaksud kita kena berpuasa untuk mencapai taqwa kepada Allah ta'ala. Sifirnya mudah je: Puasa (Hukum-Wajib) >>> Taqwa. As simple as that. Tak lupa juga bahawa balasan bagi orang yang bertaqwa adalah jannah firdaus. insya Allah.

"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin adanya akhirat. Merekalah orang yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
[al-Baqarah 02:1-5]
Whoa...

Ye. Masha Allah kan? huhu Jadi, kalau nak capai tingkatan taqwa tertinggi, kita bukan hanya menahan diri dengan lapar dan dahaga serta perkara lucah
, tapi kita sebenarnya bermujahadah melawan kehendak(nafsu) kita yang bersifat keduniaan semata-mata. hmm...saya pun terasa sebenarnya. Makan/minum/seks adalah perkara duniawi. Akan tetapi, segala perkara lain yang melalaikan kita pun sebenarnya duniawi. Banyak kan?

Yep...a lot la. hoho

Sebab tu la saya nyatakan kita bermujahadah, bukannya menahan semata-mata. Kita melawan nafsu kita sendiri. Sebab, kalau kita nak cakap yang syaitan membisikkan perkara negatif pada kita, ia telah diikat. Jadi, hakikatnya kita sedang melawan diri kita sendiri. Kita V
S nafsu.

"sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Yusuf 12:53]

We are fighting our own self, our own inner beast. Jika sesiapa kalah dalam pertarungan ini, maka haruslah berasa malu kerana xde syaitan pun dah kalah pada kehendak nafsu sendiri. Tidakkah ia satu perkara yang memalukan?

Okay. That is NOT a happy though
t...

Agree. It is not. Saya yang menyatakan ni pun sedang muhasabah diri...huhu Terasa beb. Oleh itu, bulan Ramadhan ini adalah antara bulan yang paling penting kerana ia adalah tanda kasih sayang Allah ta'ala pada kita supaya kita supplicate diri dengan sebanyak
ibadah. This is the time to supplicate our iman, tingkatkan ketaqwaan dan kehambaan serta ibadah supaya kita segar utk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang dengan penuh persediaan. Jadi, kenalah kita banyakkan ibadah dengan penuh keikhlasan dan ihsan. insya Allah.

Dah mula buat semua ni x? It is still not too late [~_~]

hmm...really, it is something yang...

...tidak mudah tapi, seperti yang telah dinyatakan, ia achievable. Boleh, insya Allah. Kena usaha dan mujahadah. Berdoa pada Allah, tawakkal dan redha. Kita nak minta pada siapa lagi? Allah je la.

Saya rasa dah panjang ni, macam buat esei untuk assignment saya pulak. huhu Maaf, agak long winded...xpa, memang biasanya pun macam tu gak. Panjang berjela. haha Apa konklusinya ye kak?

In conclusion, mudah je:
input>>>process>>>output -----> Ending
Iman>>>Ibadah>>>>Taqwa------>Redha Allah&syurga Firdaus
Tepuk dada tanya iman.

wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]