Monday, 29 December 2008

Bliss

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Tiada kata terucap

...Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya"; (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
[ar-Ra'd 13:27&28]

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul dan semestinya jika datang dari Maha pencipta kita, ia bersesuaian dengan fitrah dan diri manusia. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Ini adalah explanation dari segi pandangan saintifik pula. Kepada yang pernah masuk ke kelas sains (form 4 dan form 5) ini satu cara untuk refresh kembali ilmu yang ditimba suatu ketika dahulu (huhu). Pandangan saintifik ini untuk menambah lagi kefahaman dan juga memantapkan keimanan kita kepada Allah ta'ala. Jika tiada, kita masih beriman dan jika ada, alhamdulillah, maka memang ia menambah lagi kemampuan kita untuk menyampaikan ilmu ini kepada mereka yang belum faham supaya Allah ta'ala juga menjaga dan menjauhkan kita dari kelalaian. insya Allah.

Pandangan Saintifik


Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Rujukan ‘Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran’
Dr Danial Zainal Abidin

Moga kita semua dapat melakukan ibadah dengan khusyuk. Bukan mudah namun bukan susah juga hendak mencapai khusyuk. Mari kita pusatkan segala amal dan apa yang kita lakukan setiap masa, setiap detik dan setiap waktu adalah dan hanya untuk Allah ta'ala. Fastaqim kama umirta. ihfadzillah yahfazka.

wallahua'lam

segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]