Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Its always orang bukan islam yang berjaya, yang mendapat kepujian, yang mampu mengawal ekonomi dunia, yang itu dan yang ini, di manakah umat islam yang dahulunya kuat, gagah, berani, cerdik, pandai? Di manakah rijal-rijal (lelaki) yang sehebat Salahudin al-Ayubi? Secerdik Saidina Ali r.a.? Seberani Saidina Umar al-Khattab r.a.? Di manakah mujahidah solehah yang secerdik Saidatina Aisyah r.a.? Seberjaya Saidatina Siti Khadijah r.a.? Sesabar Saidatina Fatimah r.a? Setangkas Nusaibah? wallahua'lam...Mungkin kita kekurangan sesuatu - disiplin dalam melaksanakan ibadah (makan, minum, belajar, berkerja, tidur, semuanya adalah ibadah jika kita menetapkan niat lillahi ta'ala dan hanya utk islam).
Di atas adalah 10 Muwasafat Tarbiyyah atau rukun-rukun tarbiyyah(pembinaan) untuk kita baca, fahami, dan insya Allah, diamalkan. Rukun tarbiyyah ini melibatkan pembinaan (tarbiyyah) hati, jasad, emosi, dan akal [self-development]. If orang putih ada buku-buku self-development, Islam yg memang sesuai dengan fitrah manusia mmg dah ada petua-petua self-development yang lebih perfect awal-awal lagi. Cuma kita saja yang xtahu (ouch~) Ini akan mendisiplinkan kita supaya kita sentiasa aware dengan segala amalan kita dan dapat menjadi qudwah (contoh) yg baik pada yang belum disentuh hatinya oleh cahaya hidayah Ilahi. Moga ia bermanfaat untuk kita semua. Fastaqim kama umirta (berbuatlah baik sepertimana yang telah disuruh).
Di atas adalah 10 Muwasafat Tarbiyyah atau rukun-rukun tarbiyyah(pembinaan) untuk kita baca, fahami, dan insya Allah, diamalkan. Rukun tarbiyyah ini melibatkan pembinaan (tarbiyyah) hati, jasad, emosi, dan akal [self-development]. If orang putih ada buku-buku self-development, Islam yg memang sesuai dengan fitrah manusia mmg dah ada petua-petua self-development yang lebih perfect awal-awal lagi. Cuma kita saja yang xtahu (ouch~) Ini akan mendisiplinkan kita supaya kita sentiasa aware dengan segala amalan kita dan dapat menjadi qudwah (contoh) yg baik pada yang belum disentuh hatinya oleh cahaya hidayah Ilahi. Moga ia bermanfaat untuk kita semua. Fastaqim kama umirta (berbuatlah baik sepertimana yang telah disuruh).
Saya admit, ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang sememangnya selalu lalai dan alpa. Moga ada yang sentiasa mendoakan saya dan menegur saya jika melihat sebarang khilaf. Moga Allah memberkati semua yang sentiasa mendambakan Redha-Nya. Moga Allah memberi kita peluang untuk beramal dengan ilmu yang ada, bertaubat, berjihad (qittal[perang] atau nafs), dan moga kita mendapat mardhatillah.
Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diri ini juga. Moga Allah sentiasa membantu saya dan sahabat semua dalam mujahadah kita mencapai Redha-Nya. Mari kita sama-sama check iman dan sejauh mana amalan kita.1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi/ Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir/ Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya/ Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram/ Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi s.a.w/ Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)Walaupun kaya, perlu bekerja/ Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan atau rasmi/ Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan/ Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan)/ Menjauhi riba dalam semua lapangan/ Menyimpan untuk waktu kesempitan/ Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran/ Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain/ Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah/ Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi/ Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat/ Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”/ Pesanan al-Banna: “Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam/ Berhikmah dalam mempraktikkan islam dan sentiasa bersabar/ Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula/ Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)Untuk manfaatkan waktu dengan baik (perlu penyusunan dalam segala urusan)/ Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain/ Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie/ Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan/ Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Allahumma Yassir Walaa Tu'assir Wa Tammim Bil Khayr
Oh Allah, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khayr-the best
Oh Allah, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khayr-the best
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment