Saya ingin sekali membaiki diri ini. Karat jahiliyyah masih lagi menghantui diri ini. Mari kita sama-sama mujahadah melawan nafsu yang negatif supaya kita dapat mencapai maqam nafsu mutmainnah. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka. Dari Huzaifah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah setiap orang daripada kamu menjadi 'imma'ah' yang berkata 'aku bersama orang ramai, jika mereka baikaku menjadi baik, dan jika mereka jahat aku menjadi jahat'. Akan tetapi, pertegaskanlah pendirian kamu, sekiranya manusia baik maka hendaklah kamu membuat baik dan sekiranya mereka berbuat jahat, maka jauhilah kejahatan mereka"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Dalam kita nak mempertahankan islam yang sebenar dalam kehidupan (iaitu dengan menjadi seorang yang baik kerana essence islam itu sendiri memang dah perfect - sempurna), kena pula berhikmah dalam menegaskan pendirian kerana matlamatnya adalah mentarbiyyah diri dan orang sekeliling. Insya Allah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya; sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata-kata perkara yang baik atau dia diam"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a. pula:
"Setiap kata-kata ibnu Adam (anak Adam) semuanya adalah dosa ke atasnya bukan untuknya pahala melainkan amar ma'ruf, menegah kemungkaran, atau zikrullah"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Tapi, jika ada golongan yang tidak memahami islam secara keseluruhan dan menuduh yang bukan-bukan (sehingga boleh menimbulkan fitnah pada agama yang syumul ini) atau terdapat sedikit kesilapan, janganlah kita diam seperti ia adalah perkara yang biasa atau nak marah (sampai menghina-hina) tidak tentu pasal. Sabar. Dalam kesabaran, insya Allah, Allah akan bantu. Amanah yang diberi pada kita adalah, sampaikan peringatan, pertahankan agama kita kerana ia adalah fitrah kita; tetapi, dalam mempertahankan agama kita, perlu berpada-pada. Lemah lembut, respect, understanding, non-biased, rational, patience, calm dan ini adalah essence-nya. Tegas tapi berhikmah. Orang tu mampu nak cakap/tuduh/salah faham tentang islam tu pun adalah atas izin-Allah ta'ala yang Maha Kuasa. Mungkin sebagai peringatan untuk kita. Maka, berusahalah untuk memberi dia faham dengan cara yang terbaik. Seperti dalam firman Allah s.w.t:
"Dan berhujahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik"
[an-nahl: 125]
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut pada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu"
[al-Imran: 159]
Jika ada sahabat sesama islam yang berbantah-bantah dalam suatu perkara, maka cukuplah kita telah menyampaikan peringatan itu sedaya upaya kita. Ini kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dia bersalah, dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga. Sesiapa yang meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dia benar, akan dibina rumahnya di syurga yang teratas"
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Moga ini menjadi peringatan untuk kita semua terutamanya kepada yang menulis ini dan insya Allah kepada yang membaca. Moga setiap amalan adalah untuk mendapat Redha Allah kerana ini adalah semampu saya kerana saya sendiri adalah hamba yang lemah. Rabbana taqqabbal minna innaka antassami'ul 'alim, wa tub'alaina innaka antattawwabur rahim. Ameen ya Rabb, please accept our tawbah. SubhanakAllah humma wa bihamdika, asyhadu alla illaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilayk [tasbih kifarah].
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
No comments:
Post a Comment