Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Dalam kesibukan dunia yang memang tak akan habis, sy diberi nikmat dan peluang oleh Allah untuk membaiki diri serta selalu tazkiyyah hati dan tarbiyyah diri. Sebenarnya, saya terpaku melihat gambar para syuhada' di Gaza. Masha Allah. Disebabkan sy tidak diizinkan Allah untuk memberi pendapat dalam masa terdekat ini akibat kekangan masa (atas izin-Nya juga), maka sy bagi sumber gambar ini supaya kita dapat ambil istifadhah darinya - sila klik di sini. Kita ada 2 pilihan - mencapai matlamat syahadah atau mati syahid (pernah terbaca di dalam satu blog/wallpaper - Hidup Mulia atau Mati Syahid). Jom tanam niat perjuangan menyebarkan islam dan memastikan bahawa islam difahami dan dipraktikkan. Mari kembalikan ubudiyah hanya kepada Allah ta'ala. al islam ya'lu wa la yu'la 'alaih. Insya Allah.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yng lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"[at-Taubah 9:111]
Masha Allah, la quwwata illa billah. Moga kita thabat. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik. Ameen ya Rahman, ameen ya Rahim.
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment