Thursday 3 September 2009

13th Ramadhan - Madrasah Ramadhan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Subhanallah wa-lhamdulillah wa-la ilaha ilallah Allahu 'akbar. Allah izinkan diri ini dan sahabat-sahabat yang amat kucintai di bumi 4 musim ini untuk meneguk ilmu dari kalam Allah dimana ia menghilangkan kekontangan jiwa dan ruh kami. Moga tegukan yang menyegarkan dan menyedarkan ini akan membentuk jiwa kami mengikut acuan al-Quran seperti yang dikehendaki Allah. Insya Allah.

Tadarus & Tadabbur

Bukan hanya kami membaca bait-bait ayat cinta-Nya, tetapi, atas izin-Nya serta kasih-Nya, kami telah diizinkan untuk mentadabbur (reflect/memahami) segala firman-Nya agar ia mengalir bersama kami, tergiang di telinga kami, berada bersama kami di setiap nafas dan langkah, mewarnai jiwa kami dengan warna-Nya yang amat suci serta agung, dan menghidupkan jiwa kami yang sedang nazak disiksa oleh kejahilan dan yang hampir lemas dalam lautan kemungkaran.


Bacalah

اَللَّهُمَّ زَينِّاَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْأَن
وَاَكْرِمْنَا يَا اَلله بِكَرَاَمةِ اْلقُرْأَن

Wahai Tuhan kami
Hiasilah diri kami
Dengan keindahan Al-Quran
Muliakanlah, Ya Allah, kami semua
Dengan kemuliaannya


Terima kasih Allah kerana memberiku segala yang terbaik serta yang diri ini mampu laksanakan. Jazakumullahu khayran kathira sahabat-sahabat yang jauh mahupun jiran di kampung pelajar di tempatku ini kerana memberikan diri ini hadiah yang bermakna pada Ramadhan kali ini. Segala yang kita amalkan adalah untuk diri kita sendiri dan inilah yang akan kita persembahkan di hadapan Allah yang haq, Raja segala raja. Alhamdulillahi rabbil 'alameen.

Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]