Monday 21 September 2009

Mujahadah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu


Manusia memang lemah dan tiada apa-apa di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Memiliki, Maha Halus lagi Maha Teliti. Tatkala bermuhasabah bersama seorang ukhti yg kusayangi kerana-Nya, tidak sangka bahawa Allah juga menguji hamba-Nya dengan segala teguran yang telah ditadabbur dan yang keluar dari lisannya sendiri selama sebulan. Ighfirly ya Allah. Astaghfirullah hal azheem.

Kebaikan itu haruslah bersandar kepada kekuatan dan hakikat Ilahi yang sejati yang tiada kekuatan dan hakikat yang lain daripadanya dan pastilah bersandar kepada Allah Tuhan yang memelihara, Tuhan yang memerintah dan Tuhan yang disembah, sedangkan kejahatan pula bersandar kepada bisikan Iblis yang datang dan menghilang, yang lemah apabila ditentang, yang mundur ke belakang apabila ditempur dan yang tewas di hadapan perlindungan dan naungan Allah.
[Syed Qutb - Fi Zilal al-Quran]

Wahai jiwa, cukuplah firman Allah dari kalam-Nya sebagai teguran dan penawar untuk mu yang lemah dan sering lupa ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!; Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[As-Saff:2-3]

Naudzubillahi minzalik.
Astaghfirullah hal azheem. Wahai diri, don't waste your amalan.

Ampuni segala kesilapanku ya Ghaffar

Allahumma inni aushbahtu min kafi ni'kmati wa 'aafiati wa sitr, fa atimma 'alayya ni'kmataka wa aafiataka wa sitraka fid-dunya wal akhirah [Ya Allah, aku terjaga dalam nikmat 'afiat (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, makan sempurnakanlah nikmat-Mu, 'afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunya dan di akhirat]
Wahai diri, janganlah lalai
Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]