Saturday, 29 November 2008

Bersabarlah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

...stop and reflect...

Semasa sedang sibuk mencari fadhilat surah-surah pilihan untuk dikongsi bersama adik di Malaysia, Alhamdulillah Allah telah membawa saya ke satu blog dimana saya mendapat peringatan yang telah saya cut&paste di bawah. Masha Allah, tabarakallah. Segala puji hanya bagi Allah yang telah menitipkan rasa cinta yang teramat ini. Subhanallah. Moga ia bermanfaat untuk kita kerana, peringatan itu adalah yang terbaik untuk manusia [az zariyat:55]. Peringatan ini dipetik dari kitab tanbihul ghafilin - Peringatan bagi yang Lupa.

Abu Warrad dari Muhammad bin Muslim berkata : Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah habis hartaku dan sakit badanku. Maka dijawab oleh Nabi s.aw.:


”Tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya, sesungguhnya Allah, jika cinta kepada hamba-Nya maka diujinya dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah memberinya kesabaran.”
Abud-Dardaa’ r.a. berkata :


Saya suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tawadhu’ merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka penyakit sebab itu sebagai penebus dosa, dan saya suka kepada mati, kerana rindu kepada Tuhanku.
Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda:


”Tiada menimpa kepada seorang mukmin suatu mushibah, dari duri atau yang lebih dari itu melainkan Allah menggugurkan dengan itu satu dosa.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Tiada seorang muslim yang ditimpa mushibah, meskipun telah lama kejadiannya, lalu teringat dan membaharui ucapan: Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun [al Baqarah: 155-157], melainkan Allah akan memberi pahala baru seperti yang dahulu ia terima ketika mendapat mushibah itu.”
Moga ini dapat mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa muhasabah diri serta bersyukur. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qalbi 'ala deenik. Ameen ya Rahman, Ameen ya Rahim, Ya Kareem.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]