Sejak kebelakangan ini, minda rasa tepu dengan segala masalah yang penting dan tidak penting. Segala masalah ini membuatkan diri 'berasa' sungguh sibuk. Sibuk dengan hal duniawi, masalah duniawi. Diri ini ber-istighfar (astaghfirullah hal azeem). Hampir diri ini diracuni al-wahnu (penyakit cinta dunia & takut mati). Diri ini telah dikotori dengan kegelapan yang telah dibawa dunia sehingga hati menjadi lalai dan alpa.
Diri ini mula bermuhasabah. Mungkin ini telah tertulis di luh mahfuz tapi diri ini tidak akan membiarkan nafsu dan syaitan kembali meracuni akal dan hati. Diri ini mula mencari ubat. Berlayar dalam bahtera dan berjalan mendaki menuju kepada makrifah. Diri cuba mengubati diri yang telah hampir ternoda dengan tipu daya dunia. Diri tidak mahu kecundang. Diri tidak mahu berjumpa dengan khaliqnya dengan keadaan tertipu. Diri amat takut.
Diri ini mula memperbanyakkan istighfar kerana ia adalah satu cara untuk memohon ampun kepada Maha Pencipta yang Maha Kuasa, Maha Agung dan Maha Pengampun.
Diri melaksanakan taubat nasuha. Diri cuba menangis. Diri memaksa mata yang kering kerana dosa mengeluarkan setitis air mata penyesalan. Diri berasa sungguh ternoda.
Diri berzikir. Menyebut dan memuji Tuhan yang telah menciptanya. Diri merasa tenang.
Diri mengurangkan makan dan mengurangkan tidur yang sia-sia. Diri mula bersengkang mata, bangun di sepertiga malam. Diri masih mencuba, mencari sinar disebalik noda yang telah menjadi hijab antaranya dan Penciptanya yang Maha Esa. Diri mencuci cermin hatinya dengan air mata tangis penyesalan.
Diri kembali melaksanakan ibadah sunat kerana ia adalah tanda cintanya pada Allah ta'ala.
Diri sekarang sedang bermujahadah dan diri tahu bahawa mujahadah tidak akan habis sehingga nafas terhenti ruh terpisah dari jasad. Jihad melawan nafsu. Jihad melawan godaan syaitan.
Mengubati diri yang sakit

Diri adalah manusia.
Diri adalah hamba.
Diri adalah khalifah.
Diri tidak sempurna.
Diri adalah hamba.
Diri adalah khalifah.
Diri tidak sempurna.
Ibarat mendaki gunung Sinai yang berbatu dalam kegelapan, melawan segala penipuan yang telah ditanam di minda - mampukan mendaki? ada cara mudah tapi ia melawan fitrah. kaki sudah lenguh? badan sakit? mempukah meneruskan pendakian? yang lain sudah sampai? ada lagi di bawah? mampukah? Sebenarnya, kemampuan itu terletak di hati dan akal. Diri sedar, jika ditakdirkan mati, diri sebenarnya telah sampai di puncak andai diri telah memberi 101% doa, usaha dan tawakkal kepada Allah ta'ala. Ukuran kejayaan bukan dengan apa yang zahir. Kejayaan adalah apa yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera tetapi dirasakan sungguh manis oleh hati dan tenang oleh akal. Ia bukannya dalam bidang kuasa manusia untuk menjadi hakim untuk kejayaan tersebut, tetapi Allah selayaknya...
Ia tidak mudah tetapi ia boleh dicapai. Tiada perkara yang mudah di dunia yang fana ini, teruskan usaha, teruskan mujahadah tanpa jemu. Allah bersama orang yang sabar dan istiqamah. insya Allah. Doakan!
Allahumma ya muqallibal qulub, thabbits qalbi 'ala deenik
Wahai Tuhan kami yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam cara hidup islam

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment