Monday 10 November 2008

Emak & Abah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Lafaz yang Tersimpan


Permata Ayah Bonda

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: "Saya telah bertanya kpd Nabi s.a.w: 'amalan apakah yang paling disukai oleh Allah?' Baginda s.a.w menjawab: 'Sembahyang dalam waktunya.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian amalan manakah pula?' Baginda s.a.w menjawab: 'Kemudian berbakti kepada ibu bapa.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian amalan manakah pula?' Baginda s.a.w menjawab: 'Berjihad di jalan Allah.'"
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Di dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa: “Pintu-pintu terbaik untuk memasuki syurga (Jannah) ialah bapa. Jikalau kamu ingin, jagailah dia; jikalau kamu suka , binasakanlah dia.” Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah saw: “Apakah hak-hak seorang bapa?” Baginda saw pun menjawab “Merekalah Jannahmu dan Jahannammu.


Selanjutnya dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa: “Bila seorang anak yang taat melihat wajah kedua ibu bapanya dengan perasaan kasih sayang, ganjaran bagi melihat yang demikian adalah sama dengan Haji yang mabrur.”

Seorang sahabat berkata “Ya Rasulullah saw, daku hendak pergi berjihad.” Rasulullah saw lalu bertanya: “Adakah ibumu masih hidup?” Dia pun menjawab “ya.” Rasulullah saw bersabda : “Khidmatilah dia, jannah terletak di bawah tapak kaki ibumu untukmu.”

Have you prayed for your parents today?

"Dan Kami perintahkan manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya...."
[Luqman: 14]

"Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) baik kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu, dan Aku akan beritakan kepadamu apa yang engkau kerjakan"
[al-Ankabut: 08]
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]