Thursday 16 July 2009

Apabila diuji

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu


Subhanallah walhamdulillah la ilaha ilAllah, Allahu akbar. Alhamdulillah, masih ada masa untuk bertaubat, memperbaharui syahadah, membetulkan niat, menetapkan hati serta berdoa kepada-Nya.

Allah is with us

"Maka adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai dugaan), sehingga rasul dan orang orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankanlah pertolongan Allah? "Ingatlah pertolongan Allah itu dekat."
[al-Baqarah 2:214]

Masha Allah, sungguh banyak mehnah Allah turunkan pada hamba-hamba-Nya yang dikasihinya dan hati ini berasa sungguh sayu melihat hamba-hamba-Nya bermujahadah untuk mencapai kejayaan yang hakiki - jannatullah.

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
[an-Nazi'at:40-41]

Nobody said that life is easy. A believer will face mehnah, a disbeliever will face mehnah even the hypocrites (munafiq) will face mehnah. The only difference is that you have Allah. We have Allah. Our biggest enemy is syaitan and they are feeding on our weakness as human beings. Our jihad is against syaitan and our nafs. Nonetheless, remember the people who are fighting for their life in Ghazzah, fighting to protect al-Aqsa, fighting to protect their faith and islam. Are they not human? A believer has Allah with him (or her) and his/her heart will be content as he/she knows that he/she have Allah. Wallahu! Always remember this ayah 'ala bidhikrillahi tatmainnul qulub! [ar-Ra'd:28]. (Sungguh bersemangat kata-kata seorang syeikh dari Palestin yang telah Allah izinkan untuk menyampaikan reminder yang simple tapi sangat powerful ini kepada kami tidak berapa lama dahulu).

Ihfazillah yahfazka

Syurga bukanlah murah. Keimanan kita bukanlah sesuatu yang mudah didapati kerana ia adalah nikmat dari-Nya. Nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Subhanallah. Sering juga saya diingatkan bahawa setiap jiwa yang beriman akan diuji:

"Alif, Laam, Miim.; Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?; Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
[al-Ankabut:1-3]

Akan tetapi, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Mengetahui. Allah yang mencipta segala makhluk, mencipta matahari yang membahang, mencipta tubuh kita, mencipta segala unsur untuk membuat laptop/komputer yang sedang kita gunakan, yang mengizinkan hujan turun, mengizinkan kita bernafas dan memegang jiwa kita dan mencipta segalanya mengikut ketetapan-Nya. Allah, Maha mengetahui kemampuan kita.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
[al-Baqarah:286]

Teringat akan kata-kata yang menenangkan dari Allah ta'ala:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah; (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
[al-Hadid:22-23]

Dan, as cliche as this may sound, sebenarnya kita tahu bahawa ubat bagi segala ujian yang kita lalui sebenarnya adalah sabar.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
[al-Baqarah:153]

Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat r.a. telah berkata: Kami telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w sedang Rasulullah s.a.w pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban. Maka kami bertanya: Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita? Maka berkata Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya orang–orang sebelum kamu, ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya. Demi Allah. Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah musafir dari Sana’a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.
[HR Bukhari]

Bersabarlah

Marilah kita bersabar dan meneguhkan kesabaran. Marilah kita sama-sama membantu each other [al-'asr:1-3]. Mari kita live up to ciri-ciri mu'min di dalam al-Quran - menjadi ibadur-Rahman, muttaqeen, ulul albab dan ansorullah. Tiada matlamat lain dalam hidup ini melainkan hanya melaksanakan kehidupan yang telah Allah sediakan untuk kita untuk-Nya. Tiada matlamat lain melainkan untuk bersama-sama menuju kejayaan hakiki. Tiada matlamat lain melainkan untuk melihat-Nya dengan wajah berseri-seri. Marilah sahabatku, kita bersama-sama melawan arus kemungkaran yang deras, untuk menuju Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan marilah kita kuatkan kesabaran.
Setiap apa yang kita buat, ia untuk kita. Setiap jihad yang kita lakukan adalah untuk kita, bukan untuk orang lain. Setiap pengorbanan yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk kita, untuk kita mendapat syurga Allah yang seluas langit dan bumi [al-Hadid:21]. Subhanallah.

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
[al-Ankabut:5]

Teringat juga doa para pesihir firaun yang telah bertaubat dan menjadi muslim pada zaman Nabi Musa a.s.:

"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)."
[al-a'raf:126]

Akhir kata, Allah is so close, closer than our jugular vein [Qaf:16] and mari kita berdoa pada-Nya serta minta everything dari-Nya. Dengan izin-Nya, Allah will kurniakan kita something dari arah yang tidak disangka-sangka kerana keyakinan kita pada pertolongan Allah. Yakinlah.


"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan; (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
[al-Insyirah:5-6]

"...sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[at-Talaq:2-3]

Peringatan ini adalah untuk diri ini jua yang tidak lepas dari dosa, kesilapan dan kesalahan. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa, tersalah kata atau berlebihan. Mohon tegur saya jika ada sebarang kesilapan. Kehidupan is not easy but kita kena melaluinya kerana ia sementara. Sekejap saja. Take care dan moga Allah berikan kita kekuatan dan keimanan yang teguh dalam menjalani kehidupan yang fana ini. Ku kasihi semua kerana-Nya dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, moga Allah mengurniakan kita syurga tertinggi. Insya Allah.

Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qeena 'adhab-an-naar. Ameen ya Allah, Ameen ya Rahman, Ameen ya Raheem.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

2 comments:

awatif 'adilah atan said...

ya ukhti, saja singgah sini sekejap. Take care!

TRAVELLER said...

ya ukhti

*hugs & kisses*

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]