Monday 20 July 2009

Mengambil pedoman

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Alhamdulillah. Masih ada waktu untuk memperbaharui syahadah dan bertaubat. Jujur saya katakan yang saya jarang meletakkan video berkenaan muslim reverts atas sebab-sebab tertentu tetapi kali ini, saya meletakkan video ini di sini untuk kita reflect on ourselves, sebagai manusia yang Allah izinkan untuk mengucap kalimah tauhid/kalimah syahadah dari kecil lagi. Selama kita hidup di dunya ini, bila sebenarnya kita benar-benar muslim?


Subhanallah

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui; Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Allah mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
[al-baqarah:256-257]

Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya); Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya; Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
[al-mudassir: 54-56]

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat); Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya); Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[al-insan:29-31]

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya secara menyeluruh dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah:208]

Subhanallah.
Moga kita ditetapkan dalam keimanan, moga Allah merahmati kita serta semua umat islam. Moga Allah matikan kita dalam iman dan memasukkan kita ke dalam jannah tertinggi.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya [al-Imran:08].

Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik wa tho'atik. Ameen ya Rahman, ameen ya Raheem.

wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]