Thursday 1 October 2009

Trust Allah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Syahadah al-Haq

Wahai diri, tetapkan hatimu dan yakinlah dengan janji Allah. Jangan biarkan arus perdana dunya yang tidak kekal dan fana ini menghanyutkanmu. Ingatlah akan Penciptamu yang Maha Halus, Maha Teliti dalam penghisaban-Nya dan ingatlah akan rahmat-Nya yang amat besar. Ingatlah tujuanmu hidup di dunya ini. Jauhilah perkara mungkar kerana ia menjanjikan neraka yang amat menggerunkan dan berlumbalah untuk membuat kebaikan untuk mendapat syurga yang penuh nikmat.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
[al-Anfal:02]

"...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[at-Talaq:2-3]

Tinggal 3 bulan untuk kembali ke medan amal di bumi khatulistiwa, tempat diri ini dilahirkan. Moga kita semua thabat di jalan yang telah Allah berikan pada kita, Insya Allah [al-ahqaf:13-14] untuk mendapatkan syurga-Nya dan mengelakkan azab neraka-Nya. Allahummaghfirli ummati Muhammad. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik.

Wallahua'lam

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]