Monday 5 October 2009

Bersiap-Siaga

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

Allahu Ghayatuna!

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[al-Imran:200]

Tatkala bermuhasabah dengan segala mehnah yang mendatang dan melanda mereka yang dekat di hati ini, ujian yang Allah berikan pada diri, serta melihat keadaan sekeliling di bumi dimana masih belum boleh berkumandang azan untuk memanggil manusia ke arah kejayaan & kemenangan, diriku sedar bahawa tinggal 2 bulan untukku bersiap-siaga menghadapi keadaan di Malaysia - untuk thabat di jalan yang ku pilih. Ya Allah Ya Hafiz.

Apabila melihat realiti, diri ini tahu bahawa masa untuk berpanggung tangan sudah tiada. Kalimah tauhid perlu disemai di jiwa-jiwa dimana kefahaman serta semangat jahiliyyah perlu dikorek dan dibuang dari hati dan memasukkan semangat seorang muslim, mukmin, mukhlisin dan muttaqeen yang hanya menjadi hamba pada Tuhan segala makhluk dan isi alam. Teringat akan kata-kata Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya The Desired Muslim Generation (Generasi Muslim yang Terbaik pp. 36-37) dimana beliau menyatakan antara salah satu ciri-ciri muslim yang diingini adalah:

They pass randomness, reject demagogy (persuasion), seek decision from grass rooted facts - not illusions. While looking up high, they realize that their feet are on the ground. So they do not yield into false fancy, hollow dreams, or illusive hopes, i.e. to swim in no water and to fly with no wings.

They live with high hopes, yet with realistic thinking. They turn their eyes to the beach of dreams, yet they expect the sea to get rough. They realize the ups and downs.


A realistic generation that does not swim on land plow in water, seed in barren soil, spin a yarn,or build castles in the air!


They are never in despair of Allah's mercy; yet they acknowledge the boundaries of the insight and the scope of their capacities. They do not rush things prematurely. They do not get involved in anything, unless they know their way out.


They watch Allah's rules in His universe. They attend to Shari'ah. They adopt the longanimity and patience. They wait patiently for the seed to grow and give its fruit - in a long process - by Allah's will!


They believe in science, respect the mind, admit the solid proof, reject myth, and do not follow conjecture and what souls fancy. They learned from the holy Quran and sunnah that thinking is obligatory; contemplation is worship; seeking knowledge is jihad; sticking t the old, for just being old, is ignorance and aberrance; blindly tracking the steps of forefathers and masters is only corruption and unsoundness. They therefore think before judging, learn before acting, infer before guessing, and plan before executing. They do not accept a ruling without evidence nor a claim with no proof.

Wahai diri, jika engkau mahukan syurga, maka bersedialah. Dunya memang akan melalaikan dan membuai perasaanmu. Ingatlah akan kata-kata Allah:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), kemelaratan dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
[al-Baqarah:214]

Wahai jiwa, jangan sia-siakan nikmat yang telah diberikan padamu. Ighfirly ya Allah. Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik. Rabbi tammim bil khayr.

Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Life is for Rent

Life is for Rent
"Ya Tuhan kami. Berikanlah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" [al-Kahf:10]